Sunday, April 30, 2017

It ain't easy, but it's worth it


"Tak faham kenapa ramai orang datang sini, padahal jalan nak ke sana bukan senang. Jauh. Nak ikut jalan dekat pun kena lalu tepi-tepian jalan raya, hm bahaya pulak."

"Huu mana taknya kalau ramai member dah upload gambar lawo-lawo. Terpengaruh jugaklah nak pergi sini hahaha"

"Sekurang-kurangnya tak payah pergi Amsterdam jauh-jauh hehe" 





Lama fikir panjang.

Sebab tu lah kot eh Allah cipta syurga dan neraka.

Allah nak bagi satu gambaran tempat yang sangat cantik. Tempat yang semua orang nak tuju. Kalau tanya not-yet-muslim pun logiknya siapa yang mahu ke neraka?

Maha Penyayang-nya Allah ni, ntah berapa kali dikisahkan dalam al-Quran keadaan dan suasana di dalam syurga. Tak lain tak bukan salah satunya untuk pengaruhi dan motivate kita supaya sanggup lakukan apa sahaja, asalkan dapat masuk ke sana.

Dan tentu-tentunya nak ke sana bukanlah secara percuma. Tak percuma as in ada jual beli yang kita perlu lakukan dengan Allah -- The Golden Trade;

"Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui
Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar." 
(As-saff:10-12)



Ada benda yang Allah mahu beli dari kita (yakni berjihad dengan harta dan jiwa), dan bayarannya adalah syurga 'Adn :')

Dan, sama sepertinya kisah di atas tadi.

Tempat-tempat cantik ni mana ada jalan mudah. Kalau jalan menuju tempat tu mudah, tentunya pada jalan tu sentiasa dipenuhi orang.

Dan tiada siapa pernah mengatakan jalan menuju syurga untuk bertemu Allah itu mudah.

Tapi jalan itulah yang Allah ceritakan kesudahannya yang sangat berbaloi-baloi huu :')




Kalaulah member upload gambar lelawo yang wujud dekat dunia ni pun mampu dan berjaya pengaruhi kita untuk ke sana, moga begitu jugalah perasaan ingin ke syurga tiap kali kita stumble upon ayat-ayat Allah yang berkisarkan tentang syurga ^^,

Antaranya dalam surah (Al-Insan:5-22) 💖

Selamat mentadabbur kisah-kisah syurga, yosh!