Sunday, January 30, 2011

Kau tak ambik selipar aku, aku tak kan ambik selipar orang lain.

Hidup berasrama tipulah kalau aku cakap barang tak ada yang hilang. Masa jaga koop kemasukan f1 , 2011 ada sorang ni tanya aku "sini ada hilang hilang barang tak ?" aku jawab, "adat hidup berasrama tak normal kalau barang tak ada yang hilang"

Tapi aku paling menyampah bila awal awal tahun lagi dah ada barang aku hilang. Tak kisah lah walaupun cuma sebijik keronsang aku masih menyampah.

Ada lah satu pagi ni balik dari surau lepas Subuh. Akak ni main potong jalan aku. Tak pe tak pe sabar lagi. Jalan punya lah sempit. memang jalan dalam satu line. Aku nak menuju ke arah selipar jamban aku yang bewarna kelabu aku parking dekat tepi surau. Dia menuju arah yang sama dengan aku. Aku ikut je lah belakang dia.

Dia turun dari surau. Aku tak turun lagi. Bagi dia pakai selipar dulu baru aku turun. Aku tengok je dia terkial-kial cari selipar dia. 30 saat kemudian dia dah jumpa selipar dia dan sarung berjalan seperti biasa menuju ke arah aspuri.

Masa dia pakai selipar tu aku pandang je. Apahal selipar dia sama dengan aku punya. Sama tempat pulak. Aku rasa tu selipar aku. Yakin ! Masa tu aku baru ada sense nak kejar kakak tuu. Nak menjerit 

"Kak, selipar saya tuuu !

Tapi suara tak keluar. Ye lah pagi buta suara aku tersekat lagi. Nak kejar dia, aku dah tak ada selipar. Tanah pulak basah basah baru lepas hujan. aku tak sempat tengok muka kakak tu akibat pagi yang gelap yang tak terang terang.

Masa tu dah buntu gila macam mana nak balik dorm ni. Lepas tu pegi belakang surau cari selipar. Selipar siapa ? Selipar orang lain lah! Selipar aku kakak tu dah ambik. Takut jugak aku masa aku ambik selipar 'baru' tu tuan dia nampak macam kejadian aku dengan kakak tu tadi.

Aku ambik penuh berhati-hati. Sarung kaki siap baca Bismillahirrahmanirrahim. Fuuuh ! Tiup kanan tiup kiri. Eh ! Tengok kanan tengok kiri. Saiz selipar jamban tu kecik. Tapi tak fikir apa dah. Ingatkan nak pinjam je. esok esok aku letak lah balik belakang surau. Dengan harapan selipar kelabu aku tu kakak tu letak dekat surau balik.

Tapi musnah rancangan aku bila tengok selipar kelabu aku masih tak ada. Sampai sekarang aku menggunakan selipar BIRU yang 'baru' tu.

Aku rasa tuan selipar biru tu pun buat benda yang sama macam aku. Nanti orang tu pun dah terdesak kena buat macam aku jugak. Lepas tu org seterusnya pegi ambik selipar orang lain. benda ni akan berterusan dekat orang lain jugak. Sampai bila nak habis?

Siapa rasa TERambik selipar aku bagi lah balik. Kalau tuan selipar biru 'baru' tu rasa dia punya selipar yang aku ambik, nanti datang dorm aku tuntut.



Sekarang kecoh pasal kes hilang duit. Kaya pencuri tu, rasanya dah  beribu ringgit malaysia kalau tambahkan semua.


Saturday, January 01, 2011

1000 kemungkinan yang akan terjadi awal tahun 2011


Okay semuaa sila lihat tajuk di atas. Ya, aku nak bagi 1000 kemungkinan yang sememangnya akan terjadi awal tahun depan. Eh, kemungkinan? Macam kurang tepat tajuk entry ni. Tajuk post yang sepatutnya :

1000 perkara yang SEMEMANGNYA akan terjadi awal tahun depan.

Wah, shahizan bagi fakta. Semua boleh melompat dengan riang dan bahagia sekarang. Baiklah semua sila focus sekarang.



Budak budak bangun awal
Macam tahun lepas masa awal tahun semua bangun ya ampuuun awal gilaaa! Aku betul betul maksudkan awal gilaa. Terutama budak tingkatan 1. Aku baru menapak keluar dari dorm dengan tuala dengan muka 'bahagia'. Pandang tingkat atas budak form 1 dah siap dengan beg sekolah nak pakai kasut.

Aku terus masuk dorm balik tengok jam loceng. ((Mengucap)) Baru pukul 5!  Ingatkan aku dah lambat. Kau bayangkan aku baru bangun tidur diorang dah berduyun duyun turun dari tangga. Aku memang tak ambik tahu diorang pergi mana.

Tapi bila fikir balik, diorang pegi mana pukul 5 pagi ? Dewan makan mana bukak lagi. Sekolah? gila diorang ni, gelap gelita blok akademik tu. Surau mungkin hmm hmm.

Bila dah lama lama sikit baru budak form 1 kembali normal. Siap ada yang lambat pergi sekolah lagi. Amboi ewah ewah.



Tahun depan wujud f1, f2, f3, f4, f5 tandas bakal sesak
Awal tahun semua nak bangun awal. Awal tahun semua nak bersiap pergi surau awa l- baca mathurat. Aku boleh bayangkan macam mana tandas tu sesak nanti. 1 baris corridor ada 3 dorm, 1 dorm ada 12 orang. mari kita buat kira-kira. Ok semua angkat jari.

3 x 12 = 36 orang kongsi 3 shower 3 toilet


macam aku cakap benda ni masa awal tahun je kan. Petengahan tahun semua dah malas bangun awal. Budak SPM mesti hari hari riadah optional (jeles) aku harap f3 pun dapat riadah optional!

Orang yang tak pergi riadah ni mesti dah mandi awal awal. So, bila budak yang pergi riadah ni balik tak ada lah berlaku pertembungan dengan budak yang tak pergi riadah masa nak mandi. Kurang kesesakan di tandas.



Awal tahun percaya cakap aku public phone tak putus-putus digunakan
Masa masa awal tahun ni memang ramai homesick. Aku tahu aku tahu. Muahaha. Lepas tu mesti ada barisan pengguna beratur nak guna public.

yang bawak 'calculator', 'novel', 'baby' dan bermacam macam lagi gelaran untuk telefon bimbit diorang memang tak pernah kisah dengan situasi ni.

Aku sebagai pelajar yang ikut peraturan (lah sangat),  Sangat bimbang dengan keadaan ni. Kalau boleh diorang nak telefon sampai battery public phone habis. Eh public phone pun ada battery ok. Sejak masuk SABDA baru aku tahu.

Ye ye aku faham telefon mak, homesick kan. Ni aku maafkan lah. Yang telefon boiprengg paling tak menahan. Nak je tutup suis public phone tu. Plug dia betul betul dekat tepi pintu dorm aku. Bunyi macam kejam, tapi manusia yang guna public phone tanpa fikir orang lain lagi kejam tsk.


Cukuplah 3 ni. Aku janjikan 1000 tapi nanti kau yang tak larat baca. (padahal penat menaip) 3 tahun je lagi aku akan lalui situasi macam ni. Siapa dah tengok Pendamping malam? Aku belum. Trailer pun tak sanggup tengok. Sebab tak nak terpengaruh dekat asrama nanti fuh!