Saturday, January 01, 2011

1000 kemungkinan yang akan terjadi awal tahun 2011


Okay semuaa sila lihat tajuk di atas. Ya, aku nak bagi 1000 kemungkinan yang sememangnya akan terjadi awal tahun depan. Eh, kemungkinan? Macam kurang tepat tajuk entry ni. Tajuk post yang sepatutnya :

1000 perkara yang SEMEMANGNYA akan terjadi awal tahun depan.

Wah, shahizan bagi fakta. Semua boleh melompat dengan riang dan bahagia sekarang. Baiklah semua sila focus sekarang.



Budak budak bangun awal
Macam tahun lepas masa awal tahun semua bangun ya ampuuun awal gilaaa! Aku betul betul maksudkan awal gilaa. Terutama budak tingkatan 1. Aku baru menapak keluar dari dorm dengan tuala dengan muka 'bahagia'. Pandang tingkat atas budak form 1 dah siap dengan beg sekolah nak pakai kasut.

Aku terus masuk dorm balik tengok jam loceng. ((Mengucap)) Baru pukul 5! Ingatkan aku dah lambat. Kau bayangkan aku baru bangun tidur diorang dah berduyun duyun turun dari tangga. Mula-mula malas nak ambil tahu diorang pergi mana.

Tapi bila fikir balik, diorang pegi mana pukul 5 pagi ? Dewan makan mana bukak lagi. Sekolah? gila diorang ni, gelap gelita blok akademik tu. Surau mungkin hmm hmm.

Bila dah lama lama sikit baru budak form 1 kembali normal. Siap ada yang lambat pergi sekolah lagi. Amboi ewah ewah.


Tahun depan wujud f1, f2, f3, f4, f5 tandas bakal sesak
Awal tahun semua nak bangun awal. Awal tahun semua nak bersiap pergi surau awal, baca mathurat. Aku boleh bayangkan macam mana tandas tu sesak nanti. 1 baris corridor ada 3 dorm, 1 dorm ada 12 orang. mari kita buat kira-kira. Ok semua angkat jari.

3 x 12 = 36 orang kongsi 3 shower 3 toilet


macam aku cakap benda ni masa awal tahun je kan. Petengahan tahun semua dah malas bangun awal. Budak SPM mesti hari hari riadah optional (jeles) aku harap f3 pun dapat riadah optional!

Orang yang tak pergi riadah ni mesti dah mandi awal awal. So, bila budak yang pergi riadah ni balik tak ada lah berlaku pertembungan dengan budak yang tak pergi riadah masa nak mandi. Kurang kesesakan di tandas.


Public phone tak putus-putus digunakan
Masa masa awal tahun ni memang ramai homesick. Aku tahu aku tahu. Muahaha. Lepas tu mesti ada barisan pengguna beratur nak guna public.

yang bawak 'calculator', 'novel', 'baby' dan bermacam macam lagi gelaran untuk telefon bimbit diorang memang tak pernah kisah dengan situasi ni.

Aku sebagai pelajar yang ikut peraturan (lah sangat),  Sangat bimbang dengan keadaan ni. Kalau boleh diorang nak telefon sampai battery public phone habis. Eh public phone pun ada battery ok. Sejak masuk SABDA baru aku tahu.

Ye ye aku faham telefon mak, homesick kan. Ni aku maafkan lah. Yang telefon boiprengg paling tak menahan. Nak je tutup suis public phone tu. Plug dia betul betul dekat tepi pintu dorm aku. Bunyi macam kejam, tapi manusia yang guna public phone tanpa fikir orang lain lagi kejam tsk.



Cukuplah 3 ni. Aku janjikan 1000 tapi nanti kau yang tak larat baca. (padahal penat menaip) 3 tahun je lagi aku akan lalui situasi macam ni. Siapa dah tengok Pendamping malam? Aku belum. Trailer pun tak sanggup tengok. Sebab tak nak terpengaruh dekat asrama nanti fuh!


8 comments:

ran najiha said...

haih lambat lagila kau nak kawen kan , haha . shafiqa suka sangat cakap sal kawen , sampai aku pun terpengaruh

taib said...

huhuhuhu,,asal lagu die sdih??
nak balik sabda lak rsenyer!!
seres!!

zinnirah said...

haila~jauh benar berangan kan kemungkinan tu. haha.
nway,selamat berebut toilet. oh ye,sekolah pun da full kan? semua form ada! haha

amira_hasrori said...

oh. ni die budak paling semangat nak balek sekola. ahahaha. beri tepukan wey. hee. neway selamat menempuhi hari2 di sekolah dengan ceria~~

nota kaki :: jangan salu buat hal sangat. sedar diri sikit da fm3. haih.

Shahizan Azmi said...

@Izzatulisme
Ini bukan berangan tapi kenyataan T_______T

Haha ok konfem meriah dalam toilet

APAN said...

sabda? nme skul ke tu?

D-SIM said...

hahahahha,
nice post!
remind me of my earlier time of form4 kat asis,
xlah smpai nges2..
awek yg nges ader lah .kah3

Shahizan Azmi said...

@APAN

sekolah laa. Haha nama macam sekolah agama je -.-'