Saturday, October 27, 2012

01. Dormmates - Roti bakar


Dari sini kita boleh nampak kantin dan Dewan Makan

Assalamualaikum kepada peminat roti semua. Roti jugak sangat sinonim dengan budak asrama yang memang perut asyik minta untuk diisi. Bila DM bukak, tak nak pergi makan. Merungut makanan tak sedap. Dan inisiatif selain DM dan kantin yang cekik darah adalah makanan dalam locker sendiri. 

Bagi menarikkan lagi gaya pemakanan piramid makanan, kami-kami ada buat pesta roti bakar secara kecil-kecilan. Maggi? Ehem, kalau makan maggi setiap minggu selain daripada botakkan kepala, kau juga boleh muntah darah sebab terlampau muak.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti bakar-bakar ni memang terkenal dekat mana-mana asrama sejak dulu lagi.

Baiklah, antara bahan dan radas yang diperlukan untuk buat roti bakar ni adalah seperti di bawah :



1. Roti
2. Sebarang perisa untuk roti
3. Dua helai kertas (tiada dalam gambar)
4. Pisau
5. Iron
6. Arus elektrik

Ok, roti ni memang payah nak dapat. Kalau beli dari rumah... Alahai kau tau tau je lah expired date untuk roti ni memang tak sempat bulan nak purnama  Tak ada pilihan lain selain beli di Bagan semasa outing atau di kantin. Nasib baik harga roti ni fixed dekat mana-mana je. Kalau tak mesti kantin jual mahal jugak.

Iron dan arus elektrik adalah benda yang paling penting. Kalau tak kau akan makan roti kosong bersama nutella di mana tak ada fungsi entri ni dibaca. Kita nak buat roti bakar! Roti bakar! Come on bro setakat roti biasa tak cool kan. Kahkah.

Langkah1
Kita warm up dulu iron tu sampai lampu merah yang menyala terpadam. letakkan sekeping roti, atau dua atau seberapa banyak yang agak-agak kertas tu boleh tampung.


Langkah 2
tutup roti tu dengan satu lagi kertas dan tekapkan dengan iron. Hah masa tu kau iron lah kertas tu sampai rasa roti dah cukup rangup. Kalih-kalihkan kertas tu macam goreng ayam untuk pastikan kedua-dua belah permukaan rangup.


Langkah 3
Rasa dah rangup untuk dimakan, angkat kertas bahagian atas dan bersedia untuk fasa seterusnya.


Langkah 4
Sapukan roti bakar dengan apa-apa jem yang kau nak. Lagi sedap kalau kau campurkan perisa dia.



langkah 5
Potong roti bakar kepada beberapa bahagian. Ini bukan kau nak makan sorang. Hidup jangan nak sorang-sorang sangat. Lagi-lagi bila pesta makan macam ni. 



Bila kau makan, rasa dia cair dalam mulut. Sempurna betul roti bakar menggunakan iron ni. kerangupan roti dapat di-adjust secara manual. Iron adalah radas yang paling penting untuk sesebuah dorm. Iron ni sangat universal sifatnya. Selain untuk gosok baju dan buat roti bakar, kau boleh buat 'milo bar' dan masak telur guna iron. Hahhhhhh....!

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih :)


yang menurut perintah : Esok dah balik asrama. Boleh cuba-cuba.

Friday, October 26, 2012

Merungut

Gambar Hiasan

Assalamualaikum kakak, adik, abang, yang selalu merungut. Merungut ni memang tak boleh pergi jauh dengan manusia. Tak masuk asrama merungut, dah masuk asrama merungut. Riadah ada merungut, Riadah batal merungut. Exam start merungut, habis exam merungut. Exam dalam kelas merungut, bila dah dapat dewan merungut. Ya! Inilah yang aku maksudkan manusia memang suka merungut. Kalau setiap rungutan tu keluarkan 10 sen, rasanya dah banyak aku boleh kumpul buat dana hantar pergi Afghanistan. 


"Manusia memang tak akan pernah puas"

Ahak, tahu tak senonoh betul lancarkan entri merungut masa hari raya aidiladha

******


PERTAMA

Bila PMR dah habis, F4 ambil alih jawab exam dalam dewan. Budak batch aku bilangan cecah 240+ dan meja periksa tak dapat nak tampung kitorang. Akibatnya, budak Battani dan Biruni kena balik kelas angkat meja biru bawak masuk dewan. Ok, bapak tipulah kalau cakap tak merungut kan. Mula-mula tu memang merungut, tapi bila fikir balik, takkan nak suruh budak-budak baru yang duduk kelas tingkat tiga angkat meja diorang. Lagi haru, lagi banyak rungutan.

KEDUA

Untuk makluman semua, Bagan Datoh sekarang sedang mengalami musim sejuk. Aku saja cakap sebab aku tau berita-berita cikai macam ni mana masuk tivi. Bagi orang yang lahir dekat Malaysia macam aku ni, musim sejuk dekat Bagan betul-betul buat aku merungut. 

Katil aku katil atas yang betul-betul bawah kipas yang tergantung. Fuhhhh! Pukul 3-4 pagi tu dah konfem kena menggigil walaupun pakai selimut jualan koop. Biasanya kalau sejuk sangat, aku akan tarik tali kipas guna kaki untuk tingkatkan rintangan arus elektrik dalam tu. Tapi, bila fikir orang katil bawah akan merungut sebab panas maka aku sambung je aktiviti mengigil aku. Bila bangun pagi bukak pintu, baju dekat ampaian semua dah basah, ada yang jatuh dekat rumput, ada yang terbang masuk aspura. Nanti merungut baju hilang. lepas tu tuduh pengawas ambik. Hehhhh cepuk jugak karang.


Sabda melalui musim sejuk. Tak lama lagi turun lah salji

KETIGA

Paling merisaukan sekarang populasi nyamuk meningkat secara mendadak. Orang katil bawah merungut asyik kena gigit walaupun pakai selimut. Ntah macam-macam jenis spray diorang sembur dalam dorm. Nasib baik wangi. Dan nasib baik tahun ni tandas dah tak bertakung. Kalau tak sekali lagi akan wujudnya pusat penternakan jejentik macam tahun lepas yang aku rasa kalau aku panggil orang atasan turun padang, sekolah boleh muflis kena bayar denda.

Sistem perparitan yang tak terancang pun dah buat semua peluh dingin keluar. Setiap kali hujan, sekolah boleh capai taraf banjir separa. Walaupun tak teruk mana tapi masih banjir. Longkang dia gila kecik kalau jatuh pun tak sakit. Nak luka pun tak sempat berdarah. Ingat lagi masa aku tingkatan1 air sampai masuk kelas. Lepas tu semua tunjuk bakat buat kapal layar kertas. letak kumbang hitam atas tu dan layarkan. Tengok mana paling jauh berlayar.

Aku malas lah nak berindah khabar dari rupa sangat. Kalau sebelum ni aku asyik letak gambar sekolah yang hanya-cantik-dalam-kamera, tapi ehem tengok ni tengok! Bila hujan mesti jadi macam ni. Nasib baik air dia jernih. Gambar ditangkap setelah 1 jam hujan berhenti.



Lepas ni kalau suhu Bagan turun lagi 1 celcius, air yang bertakung ni boleh bertukar jadi ais. Aku akan buat taman tema dekat bagan. Sekali masuk untuk skating charge 5 ringgit kanak-kanak, 10 ringgit dewasa. Sesiapa nak jadi rakan kongsi?



Hari tu kan lepas periksa PJK semua F4 terus keluar dewan menuju ke dataran. Semata-mata nak tgk game catur gergasi F3 ni. Hmmm menarik! Mentang-mentang lepas tu exam sivik, semua buat endah tak endah je.

KEEMPAT

Hari tu aku dengar budak F3  ni merungut nak belajar lagi lepas PMR. Aktiviti lepas PMR buat dia bena tak bena je. Hahaha lain kali cakap dekat public tu slow slow ahhh! Ganggu orang basuh baju je. Haih, kan aku dah merungut. Nasib baik kau bukan budak yang suaraaa... err... haaa...aaachummmm. haish, musim sejuk ni ganggu aku menaip betul. Ehem, bukan budak yang suara macam adik F1 tu. Hiew hiew.

Adik form 1 tu fames. kalau cakap pasal dia, ramai orang cepat tangkap yang mana satu. Lepas tu semua merungut bukak cerita pasal dia. Dik, lain kali cakap dekat public slow slow okeyh. Kan tak pasal-pasal dah femes. Bingit telinga akak-akak citrine dengan emeghald ni. Hohoho. kalau dekat prep malam tu suara dia sampai ke 4 battani. Aku yang duduk tingkap paling hujung dari pintu pun boleh dengar suara dia dan gelak-gelak bila satu kelas ajuk suara dia -_-


yang menurut perintah : kitorang pernah dengar suara biasa budak tu. So, suara 
yang bingit tu aku tak tau macam mana dia buat -.-' 

Thursday, October 25, 2012

Korban

Aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku bedah tikus putih. Bukan takut bukan geli. Aku sendiri tak faham, setiap orang yang lalu meja kumpulan aku mesti akan keluarkan bunyi seperti "eeee!" "ahhh!" "woi!" "apa korang buat?!" "bapak kejam!" tak kurang juga yang lalu tanpa keluarkan bunyi tapi buat reaksi macam kerutkan dahi, terus tutup mulut, hidung, mata. ahhh semua organ dia nak tutup.

lepas tu aku pun muka terkejut sebab orang yang lalu terkejut. Terkejut 2 saat dan sambung kerja macam biasa. sambil-sambil tu aku fikir. apa yang aku dah buat, semua orang bukan bedah cara yang sama ke. kalau aku kejam, yang lain tu apa? Tak kejam?

Tak apa, kita cool. Aku dengan diyana sambung buat tanpa rasa loya. bila dah siat habis-habisan sampai bahagian kepala, baru aku sedar yang deria bau kitorang tak berfungsi! Patutlah rasa lain macam dari awal. Dah nampak otak tikus baru naik bau bangkai. Padahal orang depan meja dah buat muka nak muntah tengok tikus kitorang. Errr...


SATU


DUA


TIGA


EMPAT


LIMA

Kes 5 tu orang lain punya. aku rasa macam bahaya nak tunjuk korban hasil kumpulan aku. Bentuk kepala pun dah hilang. Err... Tak payah tunjuk lah.

Aku rasa bukan aku sorang je yang tanam cita-cita untuk seludup kulit tikus ni buat pencil case atau dompet atau hiasan dalam locker. Ada kumpulan yang betul-betul pergi basuh kulit tu nak simpan. Phewwwwwww!


Oh aku ada tikus supermannnnn! Jeng jeng jenggg!



p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! :D


yang menurut perintah : Ada kawan aku masa proses nak 
matikan tikus dah meleleh-leleh air mata.