Sunday, March 31, 2013

Jin Jumaat

Jumaat lepas kan ada tusyen kan dekat dewan masjid. Sebab minggu ni adalah minggu bebudak asrama balik rumah dan akan attack pusat tusyen tu (maklumlah bebudak asrama masuk fgehh hoho) so cikgu venn buat kelas dekat masjid - besar sikit. kalau nak guna dewan pusat tusyen tu akan ada yang gigit jari sebab lambat sikit je dah tak boleh masuk. lagi-lagi kelas add maths/english/sejarah. Bayangkan subjek english dengan sej pun sampai belakang kauuu penuh dia! 

Aku, Ecah, Safiyyah, Piyo dan Najwa sendiri pernah kena situasi macam tu. Terpaksalah Addmaths masuk kelas kedua - waktu petang. Mujur ada Ali Maju. Lepak lepak luu sap kok luu... K tak ada rokok. Main-main je. Woi main-main je! jangan terus scroll bawah nak komen "terkejut mak perempuan hisap rokok"

Bertenang semua. Gambar atas ni tak ada kaitan langsung. Saja letak.

kisah atas tu ringan-ringan je. Aku rasa kena asah skill menaip. Makin lama makin matang penulisan aku. Hua hua perasannnnn! Dush! Baca benda matang-matang ni mana best kan. Macam baca sejarah. Baca satu ayat rasa nak hempas buku. Oh Spm!

******

Sebenarnya nak cerita, Jumaat lepas masa break untuk solat Jumaat first time aku tengok suasana Hari Jumaat yang meriah. Pukul 10am keluar rehat, aku tengok depan masjid tu dah pong pang pong pang diorang angkat khemah, susun meja, bancuh air, masak berger, gantung jubah, susun kayu sugi.

Oh inikah bazar Jumaat!

Jadi masa break pukul 1 tu semua orang jalan-jalan dari satu gerai ke satu gerai. Oh meriahhhh! Rasa seronok. Bau wangi -Makanan. Uhuk uhuk. Makanan yaaa! Aku jalan sikit bau nasi ayam, jalan depan lagi bau berger.

Dan aku jalan depan lagi nampak satu asap. Dengan rasa teruja aku bauuuu...

"ECAHHHHHH!"


Aku tarik lengan kiri beliau. Mata berair. "Ecahhh! aku ingat tu asap makanan. Weahhh rokok! Aku bau asap rokok dengan sengaja"



ahhh tak ada lah menangis mana. cuma kesal. aku tak pernah rela sebegitu biarkan asap masuk ke dalam peparu. sob sob. selama ni aku tahan nafas je. tak sampai hati nak tepis-tepis asap depan smoker. Nak jaga hati para smoker. baik kan aku? Hahaha sempat lagi angkat bakul.

pengajaran
#jangan sesuka hati hidu asap tanpa melihat sumbernya
#jangan merokok di tempat awam

Kepada jin-jin di luar sana, sila hisap rokok di tempat tertutup. Tolong lah jangan hisap rokok dekat kawasan makanan yang terdedah seperti keadaan di atas. Haish.

Hari tu je dah macam-macam manusia aku nampak. Manusia yang tak pergi solat Jumaat. Orang habis solat dia terus start enjin balik rumah. Manusia yang tak dengar khutbah, bila iqamat baru masuk masjid.

Akhir zaman.


Wednesday, March 27, 2013

04. Wordless Wednesday - Hitam Putih Kehidupan



Kawan aku fikir fav colours aku hitam dan putih. Mungkin aku serius sangat sampai diorang assume ni warna kegemaran aku. Haha suka hati kau lah. aku suka semua warna. Tak tau nak jadikan apa sebagai warna kegemaran.

btw, uniform sekolah aku tudung hitam, baju putih, kain hitam. pencil case hitam-putih. kasut sukan hitam-putih. blog aku hitam-putih. muka aku pun sekejap hitam sekejap putih. eh? 

tengoklah wordless wednesday hari ni pun hitam-putih.

kebetulankah semua ini? kbai.


Wordless Wednesday lah sangat kan 


Friday, March 22, 2013

Dua Puluh Enam Dua 2013

Selamat hari lahir 24 hari yang lepas kepada diri saya sendiri, tidak ketinggalan juga kepada Lili Shuhadah, Nisa Afiqah dan Zaim Shahrel.

Disebabkan tarikh 26Feb tiap tahun jatuh pada hari exam, aku lagak orang kurang kasih sayang membuat ucapan pada diri sendiri. Cuma bezanya tahun lepas paper BI tahun ni paper BIO. Tambah 'O' je kat hujung. Haih nervous pulak jawab exam masa hari lahir.

Masing-masing sibuk study untuk persiapan diri. Ahhh sedangkan aku sendiri boleh lupa esoknya 26 Feb apatah lagi orang lain. Tapi kepada yang masih mengingati terima kasih saya ucapkan. Dalam kesibukan diri sempat jugak curi masa buat kad ucapan a.k.a kertas ucapan.


Maka penuhlah meja dengan sticky notes merata-rata. Tak apa. Faham sangat bila tiba musim periksa ni. Semua pakat guna apa yang terdekat. Sebenarnya aku berharap ada laa yang selitkan nota sejarah sikit. Lahai, cikgu bukan check pun kertas-kertas yg student selit dekat meja. Ya, itu boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir paling bermakna!

Malangnya tak ada siapa pun yang lakukan sedemikian. Sejarah dapat C pulakkkkk! HAHAHAHA tak cantik dah slip periksa. cis! nasib baik tak fail je. Fuhhhh...

Bulan Feb lepas, 
member-member yang balik dari KESUMA ada cerita masa dekat sana diorang jumpa budak muka sama macam aku. Bart cakap dia hensem. Saja nak tebalkan perkataan hensem tu. Aku percaya Bart! (batuk-batuk). Tapi bila aku tanya Que, dia macam susah nak cakap yang budak tu hensem. Alah biasalah, jarang sebenarnya nak jumpa lelaki yang puji kaum sendiri hensem. Dan Que bagi kata putus "budak tu tak hensem tapi dia cantik lahhh". Ehem ehem alah Que ni nak puji aku berkias-kias puleee. kahkah.

Kepada orang yang muka sama, 
mungkin kita kembar terpisah (lah sangat) jadi aku dengan sukacitanya nak ucapkan selamat hari lahir 24 hari yang lepas kepada anda anda yang rasa punya iras yang sama dengan saya. Mungkin kita lahir pada tarikh yang sama. ya, mungkin...

0000, 26Feb 2013
Peristiwa bermula dengan kejadian air nescafe dan air milo dua-cawan-penuh tertumpah atas buku teks bio. elok-elok nak stay up untuk exam terus stay up nak bersihkan lantai dorm. hua hua hua. Boleh pulak ada yang fikir air tumpah ni prank. Benda serius kot! malam tu semua moody. tensyen. semua gara-gara nescafe tertumpah. bermula saat itu aku tak suka nescafe. aku serius.

tak suka tak bermakna tak kan minum kan?

Terima kasih juga kepada si pemberi2 hadiah yang memberi secara terus, secara orang tengah dan secara pos laju. 

pos laju?

eh?


p/s: oh ya, result spm aku 9A+. tolong jangan tanya lagi lepas ni. muehehe.