Sunday, April 21, 2013

Sesal kemudian tidak berguna

Pada waktu-waktu kemuncak cenggini, aku rasa sempat lagi ni kalau nak buat satu post (beserta suara latar si bapa suruh anaknya pergi makan) Ehem. Aku rasa penting sebab aku nak bagitau kepada yang sedang membaca ni, ya kau, kau lah. Kepada awak-awak sekalian tolong jangan pelik bila baca entri-entri yang ada gambar ini.

Simbol dilarang masuk

Entah apa silap aku! Tak faham betul! (marah)

ok ok fineee memang silap aku dan aku tau apa yang dah buat. Kalau kita upload gambar dalam blog kan, dia akan ada satu folder dekat picasa. Dan aku ter-de-lete folder tu. Ya aku sendiri yang buat. Sekian terima kasih. (menangis)



Terang-terang memang salah aku. Terkejut juga mula-mula bila tengok jadi macam ni. Eh faham tak? Kalau tak faham apa aku bebelkan ni tolong buat-buat faham. Aku tengah sedih ni. Sob sob sampai berair hidung. K tipu. Sebenarnya tengah selesema.

Jadi hasil atas tindakan aku, segala gambar dalam blog ni akan muncul simbol 'dilarang masuk' yang berwarna kelabu. Huwaaa huwaaa. Kini sedarlah gua bahawa terlajak perahu juga tidak boleh diundur.

Maka tindakan seterusnya, aku cuba baiki entri lama sedikit demi sedikit. Dari masa ke masa. Bila ada waktu terluang. Emmm after spm mungkin. Wahaha. setakat ni aku baru betulkan sampai bulan Ogos 2012 punya entri. Yang paling sakit entri pasal Teluk Segadas. BANYAK GILA GAMBAR!

Mujur kebanyakan gambar yang aku upload masih ada dalam komputer.


Alang-alang dah menaip ni, saja nak kasi tau.
pagi tadi bangun awal kupas ikan bilis, buang tahi apa semua. Buat sambal ikan bilis. Ya aku suka pedas. Kepada bakal suami, saya harap awak makan pedas. Kalau tak boleh makan pedas......... MASAK SENDIRI!



HAHAHAHA OK GURAU JE! JANGAN RISAU SAYA MASAK OK!

ok bai nak makan. Bapak aku dah berapa kali panggil.

Thursday, April 18, 2013

Tumpang cuti

Akhirnya minggu ni dapat balik. Cuti hari keputeraan Sultan Perak. Jeles aku doo. Dulu aku pernah berharap hari jadi aku akan dijadikan cuti umum seluruh Malaysia. Dan sekarang aku masih berharap kehkeh. Tapi... ummm  yelahh siapa je kan aku ni.



Minggu lepas bebudak F1, F2, F4 balik rumah. Untunglah tak ada exam besar. Diorang kena balik sebab SABDA jadi tuan rumah dan beberapa dorm lelaki diperlukan untuk penginapan player kriket (HKSBP). Untuk F3 dengan F5 sekolah tetap berjalan seperti biasa. Biasalah kalau semua cuti nanti kena sekolah ganti.  Nampak tak permainannya di situ?

Tapi seronok jugak bila dekat sekolah tinggal 2 batch je. Tempat basuh baju kosong je. Biasanya F1 je akan conquer. Sudahlah ada 2 tempat je untuk basuh baju. Balik-balik muka sama je dekat situ, tak kasi chance langsung dekat orang lain. cis cis! Siapa senior sekarang? *Pergh! Hampir semua ayat ada perkataan 'je'. Annoying pulak baca.

Tapi tak apa, sekarang dah ada dobi dekat ASPURI! hahahihihuhuhoho. Kepada bekas senior, sila jeles.


Dan lagi best minggu lepas F5 ada match futsal (perempuan) dan netball (lelaki). Bila perempuan dapat bola,  jerit je lebih tapi sepak angin jugak nanti. Budak laki gelak guling-guling tengok perempuan main. Hakalahhh. Diorang pun apa kurangnya. Risau aku tengok lelaki main netball ni. Boleh patah tangan, dagu terbelah, gigi patah. Si mangsa ni masa main ragbi tak pernah cedera macam ni sekali. Tapi bila masuk netball... err... umm... (batuk batuk)

Ini gambar 2 tahun lepas. Game baru-baru ni aku tak jumpa lagi gambarnya.

Dan minggu ni F1, F2, F4 balik lagi. Apahal lah? Tak puas lagi cuti 5 hari minggu lepas. Jeles ni jeles. Nasib baik minggu ni F5 boleh balik.

Musim demam datang lagi. Faktor cuaca mungkin. Bila pagi tu terik seterik-teriknyaaaa maka petang akan hujan selebat-lebatnya. Makin terik pagi tu makin lebat petang nanti. Jangan terpedaya dengan cuaca di Bagan Datoh. Kesian jugak tengok budak kriket main panas-panas. Rasa lah korang cuaca dekat Bagan Datoh ni. Kahkah. Untuk game kriket, tiga jam tu paling sekejap rasanya. Ehmm patut lah budak2 kriket semua errr... burn?


Panas betul.

Nasib baik aku demam masa dah nak dekat-dekat balik rumah. Masa menaip ni pun mata tengah merah. Ya, macam zombie duduk depan laptop. Jika ada typo rasanya boleh faham kan kenapa? Harapnya tiadalah.

Tapi demam aku tak sepanas Safiyyah sampai muka naik merah. Tak seteruk Adilah macam dah tak reti nak bercakap. Budak hyper bila demam memang mendadak eh perubahan dia? Hahaha Sorry Adilah! (kenyit mata) Menurut mereka berdua ini lebih baik demam dekat rumah. Atleast rasa secure sikit. Senang dapat ubat. Tak payah nak pergi pejabat ambik borang ke klinik tunggu van dan tiba-tiba van tak ada sebab hantar wakil sekolah lah ape lah blablabla.

Alah tapi kalau dah demam tu dah nak datang jugak masa kau dekat sekolah, jangan sedih sedih. Kawan kan ramai. Apa guna kawan masa kita sakit? Ehem, kalau kau tak reti telan ubat pil, suruh lah kawan kau hancurkan pil tu. Eh macam familiar je cerita ni. Hahaha.

Akhir sekali, selamat bercuti buat rakyat negeri Perak. Cikgu kemain happy sampai lupa kasi homework. Alhamdulillah.