Wednesday, December 31, 2014

Hampir 2015 masih mudah terhibur


Sebab dah nak 2015 kan. 





Urmm macam mana nak cakap ni. Aku tak pernah buat benda-benda macam ni sebelum ni. Percayalah. Tak tau macam mana tertekan. Tak tahu! Tak tahu!

Tapi... hahahahahhahaha rasa nak gelak dulu. Sebab macam "pebenda ahh aku dah buat ni." Buat homework maths lagi bagus kot daripada ambik test kelako macam ni.

Tadi aku bukak facebook, nampak ada grammar test. Aku saja cuba. Nak tengok jugak Grammar level aku tahap mana kihkih




Heh *flip tudung* Tak ada lah susah mana. Alamakkkkk poyo gila! Menjadi poyo bukan lah azam untuk tahun 2015. Bukan eh bukan. Bukan azam -- kerana menjadi poyo adalah habit kahkah Kalaulah tak dapat markah penuh, rasanya tak wujud ayat poyo begini.


Ada lagi satu. Sabar sabar. 


Ini lagi kelakar.


 Kalau tak kelakar, tolong gelakkan diri aku sebab perasan je benda ni kelakar.




Alamak deyy, kemon lah kan. Mature? Hahahahaha 13 y/older. Ini bukan tua rupa keh. Tapi... Alahai takkan nak eksplain lagi. Esok dah 2015 kot. Kahkah pe kaitan. Bukan apa kalau eksplain nanti ter-poyo pulak hmm penat lah jadi poyo ni hihehohu


Aku selalu rasa siapa yang ambik test facebook-pekebenda-semua ni mana matang. Contohnya seperti aku Hahahahaha. Lame shahizan lame! Dah 2015 tetapi saya ni mudah terhibur orangnya.




"HAHAHAHA Tak lawak pun sebenarnya. Tapi tak apalah, saya gelak demi akak" 


 Tadi terjumpa gambar dalam folder hm. 3 tahun lepas di Teluk Segadas. 

Dan esok dah 2015.

Cepatnya dah besar.



Ni nak bagitau ni, sempena dah nak masuk 2015, moleklah kalau kita sama-sama rebah malam ni-- Rebah ke sejadah.

Jom sambut tahun baru cara kita (Y)


Tuesday, December 02, 2014

Exam sebenar


How IB works


Anda bukanlah student KMB sejati jika anda tak faham apa maksud mural ini.


Alhamdulillah ku berjaya jugak survive sem 1 ni ((dah habis exam sem oii!)) Saja nak kecoh satu kampung ((baling bunga)) Walaupun seniorsss suka cakap "alah sem 1 baru, engko tunggu sem 2, sem 3 nanti. Tak terasa indahnya dunia." Tapi apa salahnya kita pekakkan telinga dan berbahagia atas kejayaan mengharungi sem 1 ni kihkih.


Tak ada lah berjaya mana -- sebab result tak keluar lagi sobs. Nak quote sikit ayat member, "tak tahu mana yang lebih kelakor. Kengkawan lain dah mula masuk sem 2, atau kita ni yang tak mula lagi cuti sem 1?"


Apalah dosanya untuk ku berkongsi pengalaman eksam di keyembee. Nak cerita mana yang menarik je. Agak-agak tak menarik tu please pura-pura cerita ku menarik. ok? ok terus scroll bawah.


Hari Khamis adalah yang paling menguji kecergasan minda sebab kemist dan maths berkongsi hari -_- malam Khamis tu jam 11 malam pun dah rasa macam 3 pagi. Otak dah tak boleh hadam. Pukul 11 jugak guwa tidur dengan penuh tawakal terhadap kertas Maths. ((kahkah tengok gaya menjawab pun dah boleh agak berapa markah yang bakal dapat)) k takpa, kata tawakal kan. *usap dada*


Hari Jumaat pulak yang paling menguji kecergasan jari -- Malay dan Econs. Malay je dah kena menulis 10 perenggan, busuk-busuk pun 5 muka surat T^T Econs pulak ada 4 essay, alhamdulillah aku guna 6 page je. Sebab aku rasa member lain lebih dari 6 page. Risau pulak aku. Papepun keluar je dewan ada laaa rasa jari makin sador.


Geli nak letak gambar ni. Tapi nak letak jugak.


Tapi...


Tapi aku risau. Exam sebenar bukanlah exam di dunia ni. Apa pun keputusan yang keluar nanti hakikatnya semua Allah dah tentukan. Cuma latihlah diri untuk berlapang dada atas segala Qadar Allah.


Yang perlu dirisaukan oleh aku dan yaaa engkorang lain yang tengah bercuti ni ialah acamner amalan kita sepanjang cuti ni? Sepanjang duduk rumah? Sepanjang masa lapang ni? Hal ehwal konsisten ni memang payah. Sebab diri yang seorang perlu lawan dua - nafsu dan syaitan.


Tak boleh nafi iman kita ada turun naik jugak. Kalau dekat asrama bukan nak kata iman tu tinggi. Tak eh tak. Tolong fahamkan ayat aku sebelum baca ayat seterusnya. Cuma kalau nak bandingkan iman dekat rumah dan iman dekat hostel tu berbeza rasanya (nangis hentak kepala)




Tetiba teringat ayat akak ni,

"Bila dekat sini, kita banyak lakukan amalan sunat. Tapi dekat rumah kenapa amalan-amalan kita dah tak sama? Adakah Allah di kmb dan Allah di rumah berbeza?"





Astaghfirullahalazim


Benarlah - waktu cuti (setelah habis exam) ini lah exam yang sebenarnya. Exam yang Allah kasi dan resultnya adalah akhirat nanti.


Saya harap, saya dan sahabat-sahabat lain berjaya dalam exam sebenar kali ini. Bebudak yang baru habis espiyeem jangan gembira sangat. Kahkah kerek jugak aku ni tak kasi orang lain bergembira. Bukan nak kata apa, korang cuti lama ni. Jangan biarkan diri berendam lama sangat dengan hal dunia. Takut hati jadi keras.


Jika anda tak tahu ini kawasan mana, anda juga bukan student KMB sejati


Monday, December 01, 2014

Tak berapa suka


Kawasan belakang kelas



Sebenarnya tak suka ditanya soalan "Tengah buat apa?" "Dekat mana tu?" dan apa-apa spesies soalan lagi yang lebih kurang sama untuk tahu apa keadaan aku sekarang. Tengah berjalan? Atas bumbung? Atau tengah makan ayam? -- e ti si e ti si.


Tak suka ditanya oleh orang yang tak ada kaitan dengan aku. Tapi aku selalu bercerita dengan orang yang ada kaitan dengan aku.


Orang yang tak ada kaitan menurut definisi aku adalah; dia bukan -- mak aku, bapakku, adik beradikku, ahli keluarga lain, akak usrah, kawan perempuan. Jika anda bukan dalam julat yang disebut tadi mohon jangan tanya soalan yang tak ada motif cenggitu. Kerana apa yang anda akan dapat adalah double tick semata (tiada blue tick) saya minta maaf.


Sebenarnya dah lama nak post macam ni.


Terima kasih kepada yang faham. Saya bukanlah bertindak kejam. Sekadar mengurangkan dosa sesama kita. Cukuplah dengan dosa yang kita buat secara sedar atau tak. Kadang-kadang bila duduk sendirian pun perlukan istighfar sebab kita tak tahu dosa apa yang kita dah buat, akan buat, atau mungkin sedang buat. Walaupun dalam keadaan sedang melakukan kebaikan -- Istighfar lah.


Jangan risau pasal aku. Sebab aku ada Allah yang sentiasa menjaga, dan Allah untuk cerita segala. Sebab Dia lah yang Maha mendengar, lagi Maha memahami.


Saya harap kawan-kawan lain pun punya rasa begini. Jom lah perlahan-lahan kita berubah (:


Thursday, September 18, 2014

Biarlah kita terasing


Hahahahaha amende semua ni? Tak sangka aku #mudahterhibur orangnya. Benda macam ni pun boleh buat aku gelak. Tolong seseorang tampil dan jelaskan.


#Malaypretty #MalayHandsome #UitmPretty etc etc


Aku perati je benda ni. Tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak. Berlumba-lumba pusat pengajian mana yang produce paling ramai manusia kacak dan cantik. It's quite upset. Lantaklah kan nak kata aku ni (ehem) "bajet gila nak cakap macam ni" tapi eh eh nak cakap jugak *batuk batuk*


Taknak cakap banyak nanti berdosa pulak sebab bersangka buruk. Sebab yelah aku tak jumpa lagi motif benda alah ni. So far, feedback yang aku dapat diorang kata tak ada motif. Tak ada... what? Lol berwawasan sangat belia sekarang ni.


Camni lah, kalau rasa dengan semua ni boleh bantu ummah teruskan. Agak-agak "eh abende semua ni, belajar lagi bagus" yaaa ya pls hentikan. Takpun buat lah, #malaybijakpandai pastu upload gambar cara-cara menjawab soalan. Kan molek? Herherher --,


Haha tak tau lah nak cakap macam mana (berpeluh kepala) cuma sedih hmm emo pulak, gelabah je aku ni. Sedih lah. Kalaulah kita sedar macam mana Rasulullah berusaha nak martabatkan nilai wanita -- dipulau, dibaling batu, hampir dibunuh. Kalaulah kita sedar, mungkin semua ni tak akan ada. Worth it ke pengorbanan Rasulullah tu bila sekarang ni kita senang-senang je wujudkan pusat pameran manusia? T^T


Bukankah cantik itu elok disimpan? Kenapa dibuat tatapan? Sedih dooo aaaa rasa nak nangis. Sebab trend ni masa generasi aku. Sedih, malu, risau semua ada. Risau sebab benda-benda ni tak bawa ke mana pun. Lagi menunjukkan kita lemah. Lemah -- bila terlalu risaukan hal dunia. Risau siapa lagi hensem siapa lagi cantik T^T hensem-hensem nak bawa ke mana bang?



mari telan ayat ni beramai-ramai


Malu -- bila kanak-kanak dekat Palestin sendiri dah jelas dengan matlamat hidup mereka. Tapi kita -kita yang besar gajah ni masih gila-gilakan hal begini. Masih lagi menangis sebab tak mampu dapatkan iPhone 6. Malunya sebab kita-kita dekat sini masih kabur mana satu matlamat, mana satu alat.


Dalam minggu ni, dua kali dihentam dengan dua ayat; dari surah yang berbeza tapi bawa peringatan yang sama


Surah al-Ankabut,
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan..." (29:64)


Surah al-Hadid,
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)..." (57:20)


Banyak kali Allah ingatkan kita dunia ni hanya hiburan dan permainan kalau nak dinilaikan dengan kehidupan akhirat. Tapi... selalu kita buat-buat lupa, buat pejam mata. 

(Ehh sebelum tu) percayalah, aku tulis semua ni sebab nak ingatkan diri aku yang akan datang. Yang selalu lupa. Percayalah aku selalu je baca entry aku banyak kali (hahahahaha) sebab ada benda yang aku tulis, untuk diri aku sendiri yang akan datang. Percayalahh.


Sebab peringatan untuk diri sendiri itu perlu.


Berbalik kepada isu, biarlah nak kata guwa ni lame ke sebab tak dapat terima "benda tak ada motif ni". hehehe yadaa yadaa, tak semua benda kita kena ikut kan? *hirup kopi* kalau nak layan arus dunia ni memang jatuh lah kita. Sungguh -- layang-layang itu sendiri akan jatuh jika ikut arus angin.


Janganlah rasa kita ni alien sebab "eh kenapa semorang buat benda ni? Kenapa aku tak buat? Aku kat dunia mana?" Ingatlah yang -- "Islam tu datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu" (Hadis Riwayat Muslim)


Biarlah kita terasing. Hidup dekat dunia, redha manusia tu memang perlu tapi yang utama adalah redha Allah *senyum*


Terjumpa gambar ni 20 minit yang lepas, rasa nak upload sini ahaks



#Catpretty 

*melting* Oh hatiku tertawan.

Friday, August 29, 2014

01. CAS - Taska Sayangku

Assalamualaikum kengkawan,


Ehem tipulah kalau kata tak rasa bersalah sekarang. Daripada buat entri, baik sambung buat folio agama. Sengaja guna perkataan ‘sambung’ – nampaklah aku dah mula buat folio agama uhukuhuk. 


Apa yang lebih menarik untuk diceritakan daripada -- minggu lepas aku berjaya pinjam buku dekat library. Ini bukan soal sistem selama ni bermasalah, tapi diri aku sendiri yang bermasalah rupanya. Baru aku sedar yang selama ni (hingga minggu lepas) aku tak reti pinjam buku dekat library. Baru aku sedar dari sekolah rendah, menengah tak pernah pinjam buku dekat library. 


Ada sekali tu dekat SABDA -- sebab tak reti nak pinjam buku jadi aku cadang nak curi (buku yang best gilaa) untuk satu malam. Bukanlah curi, aku pinjam tapi tak ikut protokol lerrr. Ai segan nak singgah kaunter (kahkah padahal tak bawak kad masa tu). 


Atas rasa bersalah nak mencuri ni, aku jumpa ketua PSS dan kata “Bedah, aku nak pinjam satu malam je. Plspls esok aku janji aku pulangkan balik. Plspls”


“Kenapa bagitau kita? Nak curi satu malam, ambik je lah” – Hahhhhhh nampak tak aku sengaja tarik dia untuk rasa serba salah sekali. 


Atas dasar semangat Batch dan ukhuwah batch yang berkuah-kuah dia pun kasi aku pinjam untuk satu malam (tanpa protokol yaaa, tak masuk sistem) siapa kata minta kebenaran sebelum mencuri tu mustahil?


Mujur library SABDA tak ada scanner dekat pintu. Nak buat gini dekat KMB hmmm memang berbunyi lerr satu LRC tu.





Dan apa yang lebih menarik untuk diceritakan daripada cerita di atas adalah tentang aktiviti CAS (baca: Khidmat bakti) baru-baru ni (tepuk tangan sikit yuuuhuuuuuu) serba sedikit tentang CAS ialah; CAS ni benda wajib yang kau kena laksanakan. Kalau tak sia-sia je ambik IB dua tahun sob sob


Tempat-tempatnya cikgu dah bahagikan untuk setiap kumpulan. Kumpulan lain dapat tempat yang boleh-tahan-jauh dari KMB. Jauhlah kan bila dah melepasi luar pagar KMB. Sampai dekat kumpulan akuuuu….. Taska Sayangku, KMB.


Tahukah anda di mana terletaknya Taska tersebut? 

Taska Sayangku ni tepi serama je. 

Tahukah anda Taska tersebut dalam KMB? 

Tahukah anda? 

Antara nak berjalan dari hostel aku ke kelas dengan ke Taska tu -- lagi dekat Taska.

Tahukah anda? Tahukah anda?

Bagus, sekarang anda tahu.


Setiap pagi nak ke kelas memang akan lalu Taska tu.  Bila dapat tahu tempat kitorang “Taska dalam KMB” tak tahu nak gelak ke apa. Nak gelak, dah pun digelakkan oleh kumpulan-kumpulan lain. Macam sedih pulak nak gelak dekat kumpulan sendiri.


Setelah dianjing-anjingkan oleh kumpulan lain yang dapat-tempat-luar-kmb (alah diorg ni seronok naik bas je hmph) 2 minggu kemudian, kitorang ke tempat tersebut. Dan perasaan diaaaaaa…. Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana. Rasa bersyukur sangat dapat situ. Anak-anak kecil dalam tu sangat comel. Saiz diorang kecik-kecik sangat. Rasa nak peluk 10 orang sekaliguzzzz. 1st visit tak buat apa pun, sekadar main dan mandikan diorang dan bincang nak buat apa untuk next visit.




2nd visit kitorang buat jamuan raya (kebetulan hari terakhir syawal) perasaan nak ke sana untuk kali kedua sangat berbeza macam awal-awal dulu. Rasa rindu sangat, tak sabar nak jumpa budak-budak ni lagi. Selama ni selalu rasa nak balik zaman tadika, hah sekarang ni bukan tadika – terus Taska. Tolong mengerti yang Taska ni linkungan umur adalah dari 3 bulan hingga 4 tahun. Boleh bayangkan tak betapa comelnya diorang?! Arghhhcomellldohhhhhh





Sebelum majlis mula, sebelum mak ayah datang, sebelum vip tiba, abiasooolah kena kemas-kemas dulu. Jadi ada yang main dengan budak, ada yang tidurkan baby, ada yang lap kerusi meja, ada yang mandikan budak, ada yang kerja kat dapur. Ehem kerja bahagian dapur ehem.






Lumrahlah kalau kerja dalam dapur ni kannnn, kemas-kemas sikit pastu masuk mulut kahkah




Ketupat yang guwa anyam habis semua dijadikan senapang oleh bebudak ni sobs


Proses memandikan budak :-




Daripada gambar di atas

Kepada gambar di bawah



Hai semua! Saya dah hensem





Bagus, semua dah mandi! Dah siap-siap dengan baju raya.




Mula je majlis, hahhh kemain kau kena layan bebudak ni. Lelagi yang mak ayah tak datang lagi. Aaaaa tapi seronok je sebab bebudak ni tak menangis. Bila tanya nak makan apa, dia ikut je kita pergi meja makan T^T comelnyaaa. Dan bila mainkan je lagu “Balik Kampung” semua berjoget tepi speaker, alahai kenapa comel sangat.


video

Joget lagi joget lagi!





Bebudak ni kan semua macam ketagih Vitagen tau. Tangan diorang mesti sentiasa ada Vitagen. Dah habis satu, terus ambik lagi, ambik lagi, ambik ambik ambik. Jeles nauuu aku tengok! Biasalah masa kekecik tak selalu aku dapat minum Vitagen T^T




Ini Haikal. Aku perati je orang nama Haikal ni memang comel belaka. Eh jap! yeke?Tapi ada sorang Haikal yang aku kenal -- tak comel pun. Tarik balik statement tadi kahkah





Memulakan aku ingat yang baju kelabu ni suka Haikal. Sebab memana Haikal pergi mesti dia ikut. Pastu peluk-peluk. Pastu aku pun skandalkan diorang. Rupanya diorang ni...


adik beradik Hahahahahahaha


Jadi aku skandalkan Haikal dengan yang lain. Ok baju oren tu Melissa. Ok macam takde kerja pulak aku ni main skandal-skandalkan bebudak ni hahahahahaha





Melissa pls jangan cute sangat, pls





Melissa ni bagus betul, mak dah balik pun muka rileks je tak nangis.


Penat macam mana pun, tapi bahagia dia tak boleh nak digambarkan (aisehh ayat novel -- cliche). Mungkin kerana waktu tu dikelilingi ahli syurga. Kita tahu kanak-kanak ni paling hampir dengan fitrah. Bersih dari dosa. Seronoknya bergaul dengan ahli syurga ni ^^ 


Terima kasih kepada CAS-mates,Cik Mah dan guru penyelia untuk jamuan raya ni. Jadi ku akhiri entri kali ni dengan wajah bakal ibu-ibu dan bapa mithali


Macam keluarga bahagia pulak aku tengok engkorang ni hahahahaha


Friday, August 08, 2014

Hati-hati





"Jom puasa sunat esok"

"Jom!"

"Nak singgah DM tak? tengok esok menu apa."

"Tak perlu rasanya."

"Kenapa?"

"Aku takut."

"Takut?"

"Takut-- takut niat kita lari. Takut kita puasa kerana menu, bukan kerana Allah."


Saturday, July 12, 2014

Macam mana?





Selama kita hidup mesti - pernah - akan - jumpa dengan manusia,


"saya tengok awak sekali je saya dah boleh baca awak ni orang macam mana."

"pakcik dah hidup lama, sekali pandang dah boleh baca dia ni macam mana"

"saya belajar psikologi, dari tandatangan kamu pun saya tau kamu semua macam mana"



Pernah?

Kadang-kadang rasa nak tutup muka bila bercakap dengan orang macam ni, takut. Kadang-kadang rasa nak jumpa diorang depan-depan, dan tanya


"saya ni orang macam mana ya?"




Tapi kalau jumpa mereka, dan tanya soklan camni dikira khurafat ke kahkah macam menilik diri lah pulak


Nak tanya. Mana tau betul ke. Mana tau yang diorang 'rasa-rasa' tu sebenarnya "eh macam salah je". Macam mana diorang yakin ya? Macam mana sampai bila-bila diorang pandang kita dari sudut perspektif mereka -- yang sebenarnya bukanlah personaliti kita. 


Hakikatnya kita tak pernah sedar kita ni orang macam mana. Tapi orang-orang begini hanya sekilas pandang dah tau kita bagaimana. Hebat-nya.


Selalu tak dengar ayat orang emo, "kau tak faham apa aku rasa." -- selalu tak?


Macam mana kalau...





Sebenarnya kita pun tak pernah faham dengan apa yang kita rasa.

Sunday, July 06, 2014

Manis dan pahit itu datang dalam satu pakej


Kalau cerita pasal IB memang tak best. Seronok lagi sembang pasal KMB (Kolej Mara Banting) kehkeh


gambar curi


Nak mula dari kisah aku mendaftar... sedihhh dik sedih. Sebak rasa setiap kali teringat waktu tu. Tak sanggup nak menaip nanti korang konfem menangis kesyahduan baca kisah pendaftaran aku ni. Puncanya sebab aku tak perasan ada borang online yang kena download, lepas tu laju turun gi library untuk print, spent almost an hour 30 minutes untuk isi borang, isi sorang-sorang pulak dalam library sob sob Pastu lupa no telefon rumah alahai camne nak isi ni. Try telefon ibu (nak tanya) tapi kredit habis, dengan muka tak malu mintak pinjam phone akak senior kahkah selamba.


Pastu naik tingkat atas balik ke kaunter pendaftaran, dah sampai kaunter yang ke sepuluh (tingkat bawah) baru perasan aku ter-skip tiga kaunter yang pertama T^T naik atas balik ke kaunter 1 lepas tu bla bla bla tragedi demi tragedi, kesibukan aku menguruskan dokumen buat aku terlepas taklimat JPA T^T apakah dosa akuuuuu. Dalam kertas atur cara kata jam 2.30 petang, sejak bila ada announcement taklimat dicepatkan ke 10.30 pagi.  Tak baik tau buat aku camni sobs memang miserable terrible horrible gila lah waktu tu!


Ceh konon tak nak cerita. Ter-cerita pulak kahkah


KMB ni, bila aku tau aku ke sana aku rasa lega jugak. Sebab berdasarkan pengalaman Cg Farah (bekas student kmb) dan beberapa seniors, di sana masih lagi menghidupkan biah islamiah. Ehh tapi ada je kes rokok bagai haha biasalah ni bebudak tak cukup tarbiyah ey. Yelah, aku risau jugak bila orang kata kehidupan universiti ni bebas, solat ke tak orang tak kisah, kau nak dating pun tak timbul rasa berdosa atau serba salah. Tapi, Alhamdulillah dekat kmb banyak majlis ilmu, ceramah, usrah, dan cecikgu disiplin (ya kami panggil cikgu) menjadikan coupling di kmb salah satu kesalahan berat jeng jeng jeng.


Yang paling aku suka waktu makan malam perempuan dan lelaki diasingkan. Ey seronok betul! Tak ada lah sesak DS tu. Lelagi budak lelaki ni suka nau dengan peluh-peluh masuk DS (maklumlah orang beriadah) dan hal tu sangatlah..... hmmmm. Jadi waktu makan malam lelaki selepas maghrib adalah satu cadangan yang bijak! Ting ting 10 markah! Mereka ada masa untuk bersihkan diri dulu.




iftar talam (:


Dekat rumah ni selalu dengar bunyi LRT. Bunyi kapal terbang tu jarang sekali. Bila masuk KMB, tipu lewww kalau tak jakun! Kalau waktu malam lagi jakun sebab berlampu lip lap gitu kan kahkah, terbang rendah pulak tu so nampak macam ikan jerung yang tengah terbang uuuuuuuu.


Hari pertama kedua tu memang jakun. Dah masuk hari ketiga keempat stress jugak. Stress. Serius stress. Gila ke tak stress kalau setiap 5 minit je Air Asia menceroboh ruang udara KMB T^T Tengah lena tidur tiba-tiba dengar bunyi kapal terbang, SETIAP 5 MINIT. Kalau setiap 15 minit kapal terbang lalu tu rasa bersyukurrrr sangat! Tapi 15 minit tu jarang-jarang berlaku.


Guwa syak pembinaan KLIA 2 ni adalah satu agenda. Agenda nak memotivasikan kami. Belajar leklok semua kalau nak fly sobssss lap hingus kit. Sekarang dah ada satu tabiat, setiap kali kapal terbang lalu mesti nak cakap "byeeeee" ntah apa motif pun aku tak tau kahkah





Nak kata bangunan dia lawa... Lawa lagi lah SABDA hahaha memang laa, SABDA baru dibina kehkeh. KMB ni sejak... mmm sejak (bila eh) nampak sangat tak fokus masa orientasi haha KMB ni sejak zaman cecikgu SABDA aku lagi tau hahhh. Yang aku tau ada dua orang cikgu SABDA buat IB dekat KMB. Paling aku tak boleh terima locker KMB lagi rendah dari aku T^T dekat SABDA aku siap jengket lagi nak ambik buku atas locker.


Tapi bak kata presiden MPP, "we have third class facilities but we produce first class thinkers" gituuuu. -- ayat penyedap hati kateko


eh eh banyak pula aku mencuri gambar ni


Malas nak cerita kelas ku ada aircond hihi Alhamdulillah walaupun terasing benor dengan blok lain. InshaaAllah tak akan mengantuk dalam kelas. Selalu budak mengantuk sebab faktor kepanasan. Kira bertuah jugak tercampak ke kabin. Ikut nasib, ada kelas dekat blok akademik. Kabin lagi luas ahhh hahaha siap aircond lagi fiuhhhhh. Cuma kalau nak ke tandas kau kena lari ke blok akademik. Nak pulak kalau waktu hujan, memang kuch kuch hota hai lah. Sepanjang perjalanan ke blok akademik manada berbumbung tsk tsk


Ok ok, masuk part seniors pulak. Kekadang timbul jugak rasa tak puas hati sebab kenapa diorang baik sangat. (bercakap tentang senior perempuan) sepanjang orientasi ada qiamulail dekat tengah dataran asrama tau. Jadi, senior lah yang hampar tikar, senior lah yang jerit kejut "adik-adik jom qiam", senior lah yang gulung tikar lepas qiam, senior lah yang ahh semua diorang lah hahahaha kitorang ni datang qiam, dah habis qiam terus naik bilik. MashaaAllah. Tahun depan ntah aku rajin macam diorang ke nak buat camni dekat junior.


Banyak betul benda nak diceritakan pasal KMB ni. Padahal baru seminggu lebih menginap haha. Belum lagi masuk kisah acik printer dekat perpustakaan tu. Sedih tau sebab kalau panggil makcik nanti dia acuh tak acuh je layan. Kena panggil 'akak', silap-silap dapat discount kauuuu! 


Senior pesan kalau tak percaya try lah hahahaha Asal lah diorang bagitau lambat :( patutlah masa hari pendaftaran ritu aku mintak nak print 'akak' tu muka masam je, sedih tau. Kita ni dah lah freshie hahahahahaha tapi kalau rasa awkward nak panggil gitu kita guna kekdah eye contact je lepas tu terus cakap, "nak print hehehe"


Kerana esok dah pulang ke KMB, dan rasa mengantuk yang tak dapat ditahan jadi saya tangguhkan entri tentang KMB di sini dahulu *tepuk-tepuk bantal* Assalamualaikum semua zzzzz (campak laptop terus tidur)






"Hidup di KMB ni memang manis. Tapi setiap yang manis tu mesti ada pahitnya. Yang pahit itu IB lah" - Akak Usrah


Saturday, July 05, 2014

IB senang


Sepanjang seminggu 4 hari di KMB apa yang aku boleh katakan ialah……….. (speechless)


SUSAHNYAAAA IB (nangis hantuk kepala kat dinding)


Kalau aku cerita IB ni macam mana susahnyaaaa pun bukan semorang boleh faham kesusahannya. Mesti masing-masing akan kata “alah aku punya program pun susah”. Sobsss redha je lah. Yelah kau punya pun susah. -- tapi IB ni susah dia lain macam


Bak kata akak kelab ESA, “sebab tu lah ikatan antara pelajar dekat KMB ni kuat. Sebab kita je faham macam mana tough-nya program ni. Kalau kita cerita dekat orang lain diorang memang tak akan faham! Memang!”


Ya saya sedang laluinya T^T


Cikgu Kemistri cakap “saya sendiri tak bagi adik saya ambik IB. Sebab saya tau program ni susah. Saya sendiri pun tak ambik IB. Hebat awak semua ni sebab pilih IB”


Masalahnya bukan saya yang pilih T^T


Ye lah aku ni baru 4 hari masuk kelas. Siapa lah aku kan nak kata IB ni susah. Tapi sepanjang orientasi -- setelah diberi pendedahan apa itu IB, apa kelayakan untuk dapat diploma IB, dengan CAS TOK EE dan yang terbaru mini thesis  (WHYYYY) , pelbagai kisah mental, cubaan bunuh diri, dan pelbagai lagi hal menarik -- ya anda perlu tau program IB ni susah. Kalau aku ada 10 adik, sorang pun aku tak kasi ambik IB!



Memang, memang 2 tahun tu sekejap. Tapi sepanjang 2 tahun tu macam-macam boleh jadi. Kemuncak kehidupan pelajar IB adalah ketika di sem 3. Ya boleh Nampak akak-akak semua macam dah tak cukup nafas, padahal baru berapa minggu diorang masuk sem 3 T^T


Tak sabar nak tunggu 2 tahun lepas tu buat dialog “eh dah 2 tahun. Sekejapnya, tak sangka dah habis” setiap hari berangan nak cakap macam ni T^T


Masa dah habis UPSR, “alah UPSR ni senang je”
Dah habis PMR, “PMR senang je”
Dah habis SPM, “SPM senang je”


Tak sabar nak jadi IB survivor lepas tu cakap dekat hadek-hadek, “alah IB ni senang jeeeeeeee” (senang angat) walaupun tak ada lagi IB survivor nak mengaku yang IB ni senang T^T


Akak Usrah kata, "Untuk lepas IB kita kena ada Tuhan (Allah). Sebab Allah lah kekuatan kita. Tempat nak cerita semua. Sebab tak ada yang akan faham tekanan kita"


Sebelum tamatnya Roll call Kak Ain pesan, "If Allah brings you to it, He will brings you through it"


In Shaa Allah


CIkgu Econs kata, “once you graduate form IB programme you’ll see the beauty of IB”


Mari kita tunggu dan lihat kecantikan itu sobs.


Alamak, mesti ada yang macam blur apa tu IB. Ye lah orang selalu tau A-level je. IB stands for International Baccalaureate. Hahhhh nama penuh dia nampak lah cam poyo sikit kan hahahaha kbai


Sunday, June 15, 2014

Gigihnya seorang bapa


Dari pagi lagi, aku nampak abah pegang buku tulis. Buku tulis sekolah rendah tu. Tulis sesuatu. Sambil-sambil tu scroll group whatsapp dia. Salin.

Biasalah kalau dah nama group whatsapp ni mesti ada share "7 Perkara yang menguatkan iman...." "Apa jadi kalau haiwan ada facebook" "Sebarkan anak ini hilang sudah 3 hari...." benda-benda common yang orang selalu recycle.

Semenjak dua menjak ni abah baru berjinak dengan hal ehwal maya ni. Jadi apa yang kita rasa common, recycle berapa juta kali dah baca. Tapi bagi abah tu pertama kali dia baca.

Sementara aku siap-siap untuk keluar beli barang, abah masih dengan pen dan buku. Elok semua dah siap sedia untuk keluar, abah simpan buku tulis. Balik dari beli barang abah tanya nampak tak buku dia. Mahu sambung kegigihannya menulis. Tapi lupa. Lupa dia tinggalkan di dapur. Nampak tak sorok sampai ke dapur buku tu.

Sambil teman adik tengok Doraemon aku toleh curi. Pandang abah duduk bersila. Tulis penuh gigih. Ntah apa yang disalin. Aku alih tempat ke depan komputer. Sedang-sedang aku tengah dengar lagu ni, abah datang. Tunjuk aku apa yang disalinnya.

"Nah, tolong hantar ni dekat abang dengan kakak"




Aku baca tulisan abah. Oh benda ni....

Cuma "oh" je ke reaksi aku? Tak. Terkejut tapi taknak tunjuk. Aku pernah baca benda ni. Ntah di mana-mana. Di facebook sendiri muncul berapa kali kisah ni. Tapi...

Tapi sebab abah sendiri yang bagi dekat aku. Masa tu jugak rasa nak nangis! Tapi tahan sebab aku dengar abah punya sebak. Masa abah kata "nah, tolong hantar dekat abang dengan kakak" suara pun tersekat. Lepas tu abah masuk tandas. Macam aku tak tau abah nak hilangkan sebak. Tapi aku akur, terus menaip hantar pada abang dan kakak-kakak.

Sambil aku menaip, masa tu pulak play lagu Anak Soleh. Alahai, tapi aku biarkan. Dah lah pakai earphone. Gila tak feel. Sebak yang ada makin berdouble-double. Memanglah, memang benda ni aku pernah baca. Tapi bila abah sendiri bagi dekat aku. Hasil gigihnya dia menyalin. Sedangkan dia boleh copy paste hantar dekat facebook sendiri, cuma dia tak tahu cara. Jadi abah pilih cara manual.

Memang benda ni bukan hasil karya abah sepenuhnya. Tapi sebab gigihnya abah menyalin dari pagi hingga petang, jiwa seorang abah melekat dalam setiap ayat. Aku bukan anak kecil yang hati masih buta. Aku boleh baca, abah maksudkan semua tu.

Ahh sebak triple.

BAYANGKAN AKU YANG KENA TAIP!

macam deraan mental pun ada haha

Bergenang mata, berair hidung tapi nak cover macho punya pasal (sebab aku bukan dalam bilik) semua orang ada dekat ruang tamu. Aku tahan. Berlakon sikit toleh ke kanan. Nasib tisu dekat. Pastu lap mata. Pastu sambung menaip.


Wajib mainkan

Apa tahu tentang ayah?
Tahu lelah tentang ayah, 
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan setiap hari.
Tapi tahukah kita,Sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita.Ayah selalu tanya "telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja sekolahnya?"
Ketika umurnya masih kecil, ibu yang lebih mendukung kita.Tapi, tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dari wajahnya yang lelah ayahlah selalu menanyakan apa yang kita makan, lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam ayah sering membentak,
"kan ayah dah kata jangan main hujan.Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?!"Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?
Kita remaja. Kita meminta izin keluar malam.Ayah larang tegas berkata tak boleh.Sedar tak bahawa ayah ingin menjaga kita. Kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Syahmina tengok ni mesti menangis sebab dia tak wujud lagi

Saat kita mempercayai ayah pun melonggarkan peraturannya maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang sentiasa menunggu kita di ruang tamu. Ayah marah kita. Tahukah kita bahawa ayah tak nak apa-apa terjadi kepada kita bila keluar malam.
Setelah kita dewasa ayah menghantar ke sekolah, ke kolej, alam universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam untuk keperluan kuliah ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Ayah mematuhinya.



Saat kita berjaya ayah lah orang yang berdiri dan bertepuk tangan untuk mu. Ayah akan tersenyum dengan bangganya, walaupun ayah buat-buat tak tahu, tapi tahukah kamu sebaik sahaja kamu pergi ayah menceritakan kat ibu.

Itu pengorbanan seorang ayah.Apakah kita masih belum sedar? 


2011 - Rembau


Kita memandang kemarahan ayah itu terhadap kita,alasan untuk kita membenci?  
Percayalah dia orang paling rindu kita kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita. 

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita, apa yang kita lakukan itu tidak adil terhadap ayah. Adakah ayah tak layak mendapat ciuman semua yang kita berikan pada ibu.Kamu lupa masa kecil ayah mendukung kita dan mencium kita?

(MENANGIS DENGAN LEBAT CAMNE NAK COVER)



SELAMAT HARI BAPA
Jangan sedih, menangis apa yang abah luahkan hanya perasaan hati ini.



abah, 1758hrs
15 Mei 2014.


Gila ke tak menangis. Lagi-lagi aku yang kena menaip. Aku sedih lah sebab aku tau abah maksudkan semua ni. Masa abah kasi buku tu pun, abah menangis sorok. Aku sebak. Susah macam mana pun waktu kecik mesti abah beli kek bila hari jadi. Mujur dah besar perangai tak macam tu lagi ahaksss lap air mata.



Sebab abah kerja dari pagi dan sampai rumah pukul 8 malam. Masa yang ada untuk anak-anak memang tak lama. Tapi masa yang sekejap tu lah abah manfaatkan untuk anak-anak. Aku ingat lagi abah ibu berjaga malam sebab nak balut buku teks anak-anak dia. Penat macam mana pun, abah tenang ajar anak buat kerja sekolah. Lewat mana pun abah akan bawak pergi playground naik motor. Main buaian, jongkang-jongket malam-malam. Macam cerita hantu pun ada. Tapi, aku ingat benda ni normal. Rupanya, mana ada orang pergi taman mainan malam-malam. Cis! Haha


Terlalu panjang kalau nak cerita kisah abah. Rajin abah ni sampai aku yang perempuan ni pun maluuuu! kalau nampak ada pinggan mangkuk dekat sinki aku terus basuh sebab aku tak nak abah basuh. Abah ni laju je, tak nak kasi chance kat anak dia buat kerja rumah.




Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi jangan lupa pulak kaum abah ni yang tanggung dosa anak perempuan selagi belum berkahwin. Kekadang aku doa kahwin cepat sebab kesian abah penat tanggung dosa aku T^T Penat abah buat amal jariah lepas tu anak-anak senang je kasi abah dosa T^T menggeletar tangan menaip. Sebak ahh.


"Semoga menjadi anak yang memberi pahala bukan dosa pada mak bapak. Ingat tu Jan." - cakap depan cermin