Friday, March 21, 2014

Begini ceritanya



Bismillahirrahmanirrahim, 
hmmm begini ceritanya,



2-3 malam sebelum hari khamis, memang susah nak lena. Kalau tidur main pejam mata je tapi tak ikhlas. Maksud tak ikhlas tu tak lena lah kahkah Allah tarik nikmat tidur (menangis)

Aku dah lama tak ambik Neskaper, jadi kenapa tak lena-lena lagi. Kalau pejam mata pukul 12, jam 4 aku lena. K tipu. Mana ada orang dah lena tengok jam kan. Aku agak je sebab setiap kali aku golek-golek aku tengok jam hmm dah pukul 2, golek lagi hmm dah pukul 3.30.

Ini memang simpton nak tunggu result ke acamner?



Memandangkan mak aku memang tak gemar anak-anak ponteng sekolah jadi adik aku tak boleh ikut. Kahkah satu malam dia monyok. Rasa nak tumbuk je dia ni. Sebelum ni tak suka datang sabda. Bosan katanya. Tapi... ya ada tapi, mak aku suruh abang aku ponteng kelas, suruh ikut sekali jadi tukang ambik gambar. haaa acamne pulak tu? Ponteng kelas.

Pepagi sebelum bertolak abang aku gelakkan jerawat di hidung. Tak faham kenapa minggu ni jugak nak kena ada jerawat. K bukan jerawat tapi sisa parut. "alah bang, semua benda nak perfect takleh gak." Kahkah dia buat muka mengejek je bila aku kata camtu. Jeles lah tu aku lagi hensem dari dia. Takpalah, kita mana boleh elak perasaan jeles orang pada kita.



Masuk je pagar sekolah jam 10, aku nampak bebudak sabda ramai tengah PJK. Dalam 7 kelas kot. Apak ahh. Semua court penuh. Padang meriah. Tapi bukan meriah nak sambut kitorang. Ingatkan ada kompang ke apa. Tapi meriah main bola. Masalahnya dewan besar tu berjiran je dengan courts dan padang. Nak parking kereta, tetibe semua budak kerumun nak bukak pintu. Hahahahaha tipu je!

Dewan boleh tahan ramai. Kira aku ni sedang-sedang laa sampai. Tak awal tak lambat. Cuma majlis belum bermula. Jadi aku ingat haruslah jalan-jalan jumpa kawan. Oh ya, adik-adik sabda yang baca ni tolong bagitau makcik cleaner nnt bersihkan tandas belakang dewan sebab ada aunty indian mengadu tandas kotor. Hahahaha aku pun ya ya kan je masa tu. Aunty ni mungkin antara mak Sakhti atau Surrender.

Siapa lambat sorry laaa tak masuk gambar kahkah




Tak payah cari mana aku sebab aku tak suka ada dalam gambar

Tengok gambar-gambar ni pun dah buat rasa gembira. Nampak tak semua gembira? Nampak takkk! Hampir semua senyum nampak gigi hahaha ok. Batch aku ni cool betul, simpan rasa cuak dalam diri tak tunjuk kat orang kahkah

Pastu semua pakai warna-warni. Macam hari raya tau aku rasa. Aku suka! Oh ya batch aku ni kadang-kadang memang suka buat kerusi meja patah, bakar meja, pecah masuk lab, main bumper chair dengan kerusi bilik guru tapi diorang ni kalau masuk bab sweet tu boleh tahan jugak. Beberapa hari sebelum Khamis,


Whatever happens i still love you gurls :* -Icha Rais 

 Janji tau, ape ape jadi kita still satu batch ea - Dibob


Banyak lagi tapi malas pulak nak scroll group wasep tu. Tapi ucapan paling win Imran lah. Panjang kemain. Siapa rasa dia Zealot Boes sila baca, jika bukan anda boleh baca atau skip terus hahaha.


hello my fellow friends, i just wanna say thanks for the memorable 5 years i've spent with you guys. All of you have made my life so meaningful. Thanks kpd yg bantu sama ada secara langsung or x langsung. Whatever happens, korang sume akan kekal dlm hati ni sehingga mati. Aku akan sentiasa doakan korang sume. Soo final say, keep in touch ok? #love zealot boes :') Bg tau bdk2 zealot lain. - Imran IKS


Imran suruh zebarkan kepada semua budak-budak zealot. Jadi aku hanya zebarkan sahaja. Apa yang dia tulis aku copy bulat-bulat. kalau dia shortform aku pun shortform.

Gambar dah lah pecah pastu nak x-large pulak. K jangan bash. Aku faham.


Tahun ni sekolah dah mula buat kelainan. Mentang-mentang dah banyak benda baru. Ok apa kaitan haha

Kelainan tak lain mana pun. Sekolah lain banyak dah buat. Siapa steghet A dia mention nama atas pentas. Lepas tu tingkatan 5 tahun ni kena duduk dalam dewan. Tujuan? Untuk motivate mereka dan memeriahkan dewan Hahaha serius doo kalau takde budak-budak sekolah kau ingat ada ke orang nak tepuk gila-gila jerit-jerit

Paling tak tahan aku usha bebudak lelaki ni macam dah plan gimik masing-masing bila naik pentas. Taufiq paling tak tahan doo. Dia boleh main acah-acah selak rambut macam dalam iklan shampoo. mentang-mentang dah tak botak. Baru ada rambut dh riak Hahahaha ok maaf

Pastu Izzudin naik pentas dengan tangan didepangkan, dan lee berlari-lari, dan Athir... ok Athir. Aku tak faham, memang hero datang last minute ke apa? Takyah nak hindustan sangatlah. Athir punya nama berapa kali ulang... tiba-tiba dia masuk dari pintu utama dewan. Tapi dia blur lagi tak tau kena buat apa hahahaha naik pentas lah weah! Tensyen pulak aku eeeeee.


Sebenarnya motif hari Khamis ni bukan nak ambik slip semata-mata-telinga-hidung-mulut. Ya Allah kelakarnya aku ni. Hmmm k. Tapi nak ambik barang dan beri barang. Happynya dapat collect hadiah birthday padahal birthday sebulan yg lepas T^T menangis terharu.



mekasih kengkawan T^T



Dan ini lah masa nak jumpa adik-adik junior dan cecikgu semua. Cikgu Rohani kata kalau BM A+ baru boleh peluk cikgu. Alhamdulillah, semua lari cari cikgu nak peluk hahaha. Tak sempat tangkap gambar dengan cikgu sob sob neks taim wajib tangkap gambar dengan cikgu. 



Terserempak pulak dengan diorang ni.


Masa jalan pusing sekolah ntah berapa kali aku cakap "fuyohhh fuyohhh" dak jakun biasalah kan *flip tudung* dekat tangga blok akademik dah ada pagar baru. Pagar pulak nak macam pagar rumah je lawanya. Membazir je pasang. (nampak tak aku jeles)


Pehh dah lama tak taip panjang camni. Korang baca sampai sini pun aku dah bersyukur. Mekasih semuaaa mekasih *efek bunga luruh*


Apa-apa pun,
Terima kasih ibu abah, terima kasih cecikgu sekolah, cecikgu tusyen, Sir Ven, Cikgu Eqbal, kengkawan, kakak-kakak, adik-adik, yang selit-selit nama aku dalam doa korang tapi aku tak tau... terima kasih semua! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah!


Moga apa yang aku citakan tercapai dengan pertolongan Allah.




credit : Adik photographer yang aku lupa namanya apa. 

Ambik di fb. sorry dik curi gambar and mekasih


Jadi, Beginilah ceritanya!


Tuesday, March 11, 2014

Risau

Minggu ni buat pertama-tama kalinya adik bongsu aku periksa. Periksa tingkatan 1. Dak-dak PBS. Tak tau periksa camne, tapi dia kata Rabu ni last day. Ooo 3 hari je exam? k tak faham pbs ni.

Setiap kali dia periksa, orang lain yang risau - gelisah. Kadang-kadang rasa nak nangis tengok dia ni. Rasa bosan nak suruh dia baca buku. Sebab dia mesti dengan cerita kartun dia jugak HAIHHH. Aku tak ingat berapa kali aku sebak tengok keputusan exam dia.


Ada sekali tu zaman budak ni darjah 4 kot, dia bawak balik kertas Seni dia. Dia pilih soalan no.4 "lukis pemandangan dasar laut"

aku tengok kertas dia... ada ikan-ikan, ada bubble terapung keluar dari mulut ikan. Makin ke atas semakin besar saiznya. Bagus. Menepati Hukum Boyle. Semua dah bagus.. dan tiba-tiba aku nampak ada nenas dekat dasar laut. Nenas?


dan aku nampak spongebob. 






Jap, Spongebob? 












Dann... Patrick Star?










Apa semua ni?



Apa budak ni lukis? Ahhhh yang Patrick Star tu nasib baik dia lukis hodoh tak ada rupa Patrick Star, nampak laaa macam tapak Sulaiman. Secara total lukisan dia dapat C. yelahh seni aku pun tak hebat mana tapi lukisan aku make sense jugak (kadang-kadang)

Lepastu semua orang marah dia. Dia pulak bukan jenis melawan. Dia senyap je. Sebab dia tak melawan laa aku rasa sedih. Sebab dia buat muka sedih. Lepas tu aku marah orang yang marah dia. Bila aku marah... aku menangis HAHAHAHAHAHA LAWAK GILA JAN NI


Ada lagi tu, periksa seni jugak. Soalan lukis "Labu Sayong". Malam sebelum exam tu puas aku ajar dia macam mana nak lukis labu sayong. Esoknya dia balik rumah dengan gembira, sambil keluarkan sesuatu dari beg. Dia dengan bangga tunjuk lukisan Labu Sayong dia dekat aku. 

Silap besar dik... Silap besar... Maka, aku pun...


"Kenapa bawak balik lahhhhh?"

"Kenapa tak hantar?"

"Kenapa lukis buruk sangat?"

"Kenapa lukis kecik-kecik?"

"Tau tak banyak lagi space ni?"

"Kan semalam dah ajar?"

"Ahhh tak kisahlahhh! Tapi kenapa tak hantar???"

Gerammmm. Geram sangat rasa nak nangis. Geram cikgu yang jaga periksa tu tak kira betul-betul ke? Macam mana boleh terlepas kira kertas adik aku ni? Arghh sakit hati aku. Memang aku marah betul masa tu, sebak sebak sebak. Nasib baik Shafiqa tak ada masa tu, sebab Shafiqa lagi jahat dengan dia Hahahahahaha

(cerita tambahan) Shafiqa kalau marah lagi kejam. Pernah sekali tu adik aku frustrated kena tengking dengan Shafiqa, dia masuk bilik menangis. Dia conteng nota kemist je. Tapi Shafiqa marah kaw-kaw. Pastu aku marah Shafiqa balik. Pastu aku yang menangis HAHAHAHAHAHA

(gambar hiasan)

Dan semalam, dia balik sekolah dan terus ke dapur. Bancuh susu, jet jet nak cicah Oreo (menyampah gila aku) dan aku tanya "esok exam apa pulak?"

"English, Seni, Geografi...... je"

"je?" 

"apa je? apa?"

"dah baca ke semua tu? Eeee budak ni!"


Walaupun result SPM lagi seminggu, tapi untuk minggu ni aku lebih risaukan adik aku yang nak ambik exam. Dan aku risau tentang MH370. Masih terfikir mana pergi MH370. Dimana kalian?

Secara seriusnya, result spm lari dari perhatian aku untuk sementara waktu. 





Berhenti menaip. Dan mainkan lagu 'Menghitung Hari'



7 days left