Wednesday, June 11, 2014

Projek Iqra' - memberi sambil beramal


Assalamualaikum semuaaa! Sesiapa ada acc fb (yelah sekarang orang mana main fb kan) please like page Projek Iqra'. Klik sini, atau sini. Sini pun boleh. Bagus siapa yang klik semua. Hakikatnya semua link sama kahkah.


Dah lama jugak aku perati page ni. Aku suka baca Kisah Abu Nawas yang dah dikartunkan. Memang deep, padu, sentap, terkoyak jiwa kalau baca. Aku yakin Projek Iqra' ni bonded dengan page Fanikatun.com. Projek Iqra' selalu buat kutipan derma dan projek sosial macam..... (ehem) macam-macam lah! Tolonglah lawat page diorang agar lebih memahami apa yang aku cuba cakap hahahaha


So nak dijadikan cerita -- sebagai peminat Kisah Kartun Abu Nawas ni, ada sekali tu depa offer siapa nak Kad Ramadhan dari Abu Nawas (ceh ceh) boleh isi borang dekat link yang dia kasi. Aku perati balik masa dia post status tu, aku dah terlewat satu jammmm! Satu jam! Dah lah limited 50 terawal je. Aku dengan harapan yang berbelah bahagi (lewat sejam lah kateko) isi jugak. Well, peminat kannnnn! Hihi


Isi benda mudah je, nama - alamat - no telefon. Terus tekan submit. Masa nak loading tu ku baru perasan ku ter-typo nombor telefon T^T (facepalm) Lepas tu isi lagi borang lain. Submit lagi. Mujur depa tak anggap aku ni sesaja spam. kang kena block terus tak dapat apa-apa T^T


Dannnnnn


Alhamdulillah Khamis lepas Kad ni sampai! (dah seminggu baru nak habaq haha tapi lantaklah) Aaaaaaaaaaaaaaaaa! Tak tau kenapa teruja sangat. Sebab kad pertama tahun ni kot. Bukan takat kad pertama, mungkin satu-satunya kad untuk tahun ni sobssss sedihnya dah habis sekolah, tak dapat kad raya dari kengkawan T^T kengkawan kasi lah saya kad raya sobs




Atas rasa keterujaan ini, hamba dengan rasa besar hati nak berkongsi dengan engkorang apa isi dalam kad ni page by page. So here we go! Kehkeh





Shopping Raya 2014 
RM195 seorang yatim/asnaf
Salam Ramadhan, 
Memperkenalkan Program Shopping Raya untuk anak-anak yatim/fakir/miskin dan asnaf anjuran Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia.
Kami dengan sukacita ingin menjemput anda untuk menjadi penaja kepada program tahunan ini. Anda juga boleh berkongsi bersama rakan dan keluarga untuk menaja seorang (atau lebih).
Sila lihat muka belakang untuk cara-cara membuat penajaan. 
Semoga budi baik anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 
Muhammad Solleh Mahfoz, Pengerusi Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Al-baqarah 2:261)








Untuk menaja, sila klik pada butang DONATE NOW di http://bit.ly/shoppingraya2014
Atau secara Online Transfer ke akaun : 
MAYBANK (Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia)
5648-1050-4003
Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0176702033 (Solleh) / 0172748904 (Sharifah) / 0192175597 (Suhaimi)






"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain." H.R Al-Baihaqi


Sesiapa nak baca lagi himpunan komik Abu Nawas mai lah singgah sini (link). Free je baca, tak berdoza pun lulz. Lepaz baca tu zebarkan lah ke zeluruh zuniaaaa (baca sambil tangan didepangkan)


Dan sekarang depa ada jual Kad Raya Abu Nawas. Nakkkkk! T^T Tapi kena beli. Bab beli online ni ku lemah betul sebab tak ada Maybank2u sendiri. Selalu tumpang akaun mak je sobs. Segan ahh nak mintak tumpang. I mean kantoi lah aku ada beli barang hahaha walaupun nanti aku bayar dengan duit aku balik secara cash.


Alahai comelnya kad ni






Dan sedar tak..... 



















ehem













^^


 Terima kasih jugak dekat Projek Iqra' sebab kasi Kad Ramadhan ni free sobs. Ku akhiri entri kali ni dengan wajah handsome Abu Nawas hehe


Photo: A fanart by Amifiqs Afiqs Amirul. Nice work!
(A fanart by Amifiqs Afiqs Amirul)



1 comment:

  1. Terima kasih kerana menyokong Projek Iqra' :)

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?