Thursday, June 04, 2015

Mohonlah yang terbaik


Ada lah suatu petang ni, masuk bilik terus tenung phone. Rasa macam dah buntu. Tak tahu nak telefon siapa lagi untuk berbuka talam. Ada yang kata penat. Mungkin sebab minggu exam. Ada yang macam berat hati. Dia setuju pun sebab nampak aku beria sangat hahaha janganlah buat iolls rasa berdosa pls. Lepas tu aku cakap lah dekat dia elok-elok "eh kalau tak nak tak apa. Aku cari orang lain hihihi"



"hihihi" tu penting tau. Sebab nak tutup rasa awkward tu lulz kan.


Tambah tolak tambah tolak tinggal 2 orang je termasuk diri sendiri. 
Sekurang-kurangnya nak lah dalam 4-5 orang kan




Tiba-tiba ada panggilan masuk.

Eh. Kak Hudda.

Kenapa macam kuat je firasat. Mesti nak...

"Assalamualaikum akak!"

"Waalaikummusalam, Cijan puasa ke?"

"Puasaaaa! Nak ajak makan talam keeeee?"




Nampak macam tak malu kan. Sebab orang tak offer pun lagi. Kita ni sekati je nak main agak-agak. Mungkin sifat semula jadi yang suka mengagak. Tapi... eh mestilah. Common sense kot. Telefon waktu pukul 6. Hari Khamis. Bukan main tikam je eh, sebab Kak Hudda dah banyak kali buat camni. So boleh je agak apa niat dia hahahahaha


Nampak tak perasaan teruja. Sebab harakat pertanyaan tu "...keeeeee?"


Teruja lah. Sebab Allah jawab soalan kita laju je. Baru je terdetik "ya Allah nak ajak siapa lagi ni" baru je nak telefon kak hudda. Tengok tengok dia yang telefon dulu hihihi




ok sambung cerita,

"Aah, awak free tak? Setakat ni baru 3 orang"

"boleh je. Kita ajak kawan lagi sorang eh"

T^T

Alhamdulillah dapat jugak rezeki berbuka talam.


Ini yang terakhir berbuka talam dengan Kak Hudda, jadi sembanglah macam-macam. Tiba-tiba Kak Hudda cakap, "awak nampak macam tak risau" -- yelah minggu exam kan. Muka kenalah berkerut. Paling kurang pun cemas. Habis solat maghrib ni kena balik blok terus sebab nak study. Alah ceramah ni minggu depan pun ada lagi. Kata ceramah mingguan.


Tapi Alhamdulillah bukanlah macam tu, masih ada lagi student KMB mengisi ruang saf untuk pengisian malam tu.




Ok berbalik kepada soalan Kak Hudda, (sorrylah saya ni rawak orangnya. Cerita berterabur. Bertahanlah ya anak-anak)


"awak nampak macam tak risau" Signifikannya soalan ni sebab sebelum exam, banyak kali cerita dekat Kak Hudda dan topiknya adalah "akak kita risau tahun depan kita dah tak ada dekat sini :'(" Dan waktu berbuka talam tu, mungkin riak muka aku kontradik sangat dengan apa yang aku pernah cerita sebelum ni -- sampai terkeluar soalan macam tu dari Kak Hudda.


Mungkin waktu tu, perasaan bahagianya sebab Allah masih bagi peluang hari ni untuk berbuka talam -- setelah ramai yang menolak sobs (sedih jugaklah). Dan bahagianya bila Allah jawab panggilan kita on time. Mungkin juga bahagia sebab dah lama tak duduk berbual dengan Kak Hudda since diorang sibuk dengan IB exam. Kadang-kadang happy ni memang tak dapat dibendung. Tak reti sorok kot.




Tak mampu nak jawab soalan tu. Senyum je. Sebab masa tu ada orang lain. Segan lah kita nak bercerita. Bila duduk berdua, Kak Hudda tanya lagi "macam mana exam?"


Masa tu lah cerita semua.


"Ya Allah, itulah apa yang akak rasa!"


Dah agak dah Kak Hudda ni. Suka tiru orang hiu hiu hiu. Ramai yang cakap selalunya kita akan dapat kakak usrah yang macam kita. Allah dah aturkan cantik-cantik. Sampaikan apa yang aku buat mesti ada yang kata "sama macam kak hudda!" Sign up nama untuk kelab HOPE pun tiba-tiba ada akak lalu belakang kita "sama macam kak hudda!". Rumah sukan pun kebetulan sama dengan Kak Hudda. Oh ya, dulu kitorang pun satu sekolah - SABDA he he he


Alahai benda-benda camtu lah pun samanya. Nak cerita pasal perangai, Kak Hudda ni lembut orangnya sobs janganlah samakan. Rasa tak layak pun T^T Kak Hudda dah lah cantik. Ni kalau kak Hudda tau aku puji mesti dia bising, "memuji kecantikan sesorang tu ibarat mencampakkan pasir ke mukanya" -- sila ambil perhatian kawan kawan




Bila throwback, rasa malu sangat setiap kali bayangkan diri ni terlalu risau dengan apa yang akan berlaku. Mungkin waktu tu terlalu attached dengan KMB. Suka biah dia. Dah mula sayang orang-orang sekeliling. Sebab semua orang dekat situ baik sangat. Risau bila kita tak rasa semua tu lagi. Risau bila tajaan dah ditarik, tak tahu nak mula dari mana nanti. Risau.




Tapi, Alhamdulillah tiba satu masa Allah letakkan rasa tenang dalam diri. Dah mula sedar yang semuanya Allah dah tetapkan. Selama ni tahu je, tapi lupa sebab terbit rasa risau yang melampau-lampau tu.


Ada satu pengisian dari ustazah sekolah luar yang dia suruh kami pelajar KMB ni panggil dia Ummi. Ummi ni banyak bercerita yang dia selalu doakan yang "Terbaik" untuk anak dia. "Ya Allah tempatkan anak aku di persekitaran yang terbaik buat Engkau" "Ya Allah kurniakan anak aku sahabat yang terbaik buat Engkau" 


Tak tahu kenapa perkataan "Terbaik buat Allah" tu macam menjentik-jentik diri.




Kita pun kena lah buat macam tu. Walaupun Allah memang sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya. Tapi kita kena berdoa juga. Bila kita sebut macam tu dalam doa, akan timbul satu keyakinan "ya, inilah yang terbaik buat aku" walaupun mungkin situasi tu di mata manusia bukan lah suatu yang menyenangkan. Sebab tak semua orang akan faham.  Kadang-kadang kita sendiri tak faham. Sebab tu perlunya sabar. Sabar menunggu hikmah. Sabar dengan kata-kata orang lain.




Sebab keyakinan tu lah, perasaan risau tu hilang ntah ke mana. Apa pun keputusan yang aku dapat nanti, inshaaAllah itulah yang terbaik buat Allah. Sebab kita dah doa yang "terbaik". Yakinlah yang Allah sedang menunaikannya tapi kita tak sedar.


Dan kita yakin Allah tak pernah ukur sesuatu pada hasil tapi pada usaha. Kak Hudda pernah pesan, usaha ni lah medan untuk kita kumpul pahala. Hasil tu pulak adalah rezeki masing-masing. Rezeki tu Allah dah tetapkan.


Kejamlah Allah kalau hasil menjadi tali ukur. Sedang Allah itu sifatnya Maha Adil. Bagaimana pula kisahnya Nabi Nuh yang berdakwah 1000 tahun kurang 50 tetapi pengikutnya tidaklah selari dengan tenaga yang dicurah.


Janganlah bersedih bila tak dapat apa yang kita nak. Bersedihlah bila usaha kita tak banyak mana T^T



Dan sepanjang minggu exam tu, letakkanlah tawakal yang sepenuhnya pada Allah. Tawakal itu bukanlah selepas usaha, bukan juga selepas ikhtiar. Tapi sepanjang masa. Dari ketika kita berdoa dan berusaha lagi perlu adanya tawakal. Contohnya?


Bila nak mula belajar niatkanlah "Ya Allah, aku belajar kerana Engkau. Aku tawakal akan apa yang aku dapat selepas ni. Apa yang akan diberi, apa yang Engkau halang dari diri aku yakin itulah yang terbaik Engkau beri."


Setiap kali habis je belajar, pujuklah diri "InshaaAllah Allah akan beri apa yang Allah nak beri"


Sebab ada yang belajar bagai nak rak sampai rak pun patah tapi tak confirm lagi bila dia masuk dewan peperiksaan, semua jawapan dalam tangan. Tapi ada jugak yang bukak soalan past sem 15 minit sebelum peperiksaan, tup tup sebijik pulak soalan yang keluar (yaaa english paper 1) itu lah namanya rezeki.




InshaaAllah sifat tawakal ni benar-benar timbulkan rasa hamba dalam diri. Sungguh tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah. Doa Rabitah yang kita selalu baca pun ada statement "dan indahnya tawakal padaMu". Sebab memang indah pun bila kita bertawakal pada Allah. Segala kerisauan dalam diri hilang bila wujudnya tawakal ini.




Tak kira macam mana keputusan peperiksaan yang kita dapat nanti, semoga saya dan kawan-kawan sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita dapat. Moga Allah redha.




4 comments:

Anonymous said...

sahabat. thank you. awk x ajk saya makan talam pun! ke sy yg tak bukak ws.. hehe.. sorry

Shahizan Azmi said...

Eh yekee, lain kali kita berbuka talam sama sama! ^^

Unknown said...

Awk dah sem berapa ni? btw nanti cerita banyak-banyak pasal KMB tau...bcos i miss those moments. *^▁^*

Shahizan Azmi said...

hyeeeee kak azuwa! ^^ sekarang tengah tunggu result sem 2. InshaaAllah kalau ada rezeki dapatlah habiskan study dekat KMB hehe. nanti kita upload gambar KMB banyak-banyak eh untuk hilangkan kerinduan akak :>