Sunday, March 20, 2016

43 days till the celebration


Teringat masa exam week Sem 3. Masa tu rasa aman damai seronok sangat belajar sebab dah tak diganggu dengan IA(s), WA, EE, TOK, IOP, IOC. Cuma waktu tu masih menggila nak kena habiskan urusan CBP. Tapi untuk hal yang lain semua perkara dihentikan sekejap untuk beri laluan kepada exam. Tak ada panggilan dari mana-mana guru yang menuntut hutang coursework hehehe. Alhamdulillah, Allah sangatlah permudahkan semua urusan.


Mungkin ini nikmat yang Allah nak beri. Kalaulah tidak disibukkan sebelum ni, mungkin tak rasa nikmat belajar sebegini. Masa ni sama-sama duduk dekat surau blok dan belajar.


Lagi nikmat bila nikmat ni bukan kita sorang je rasa,

"Jannn, bestnya belajar."

Aku senyum. Angguk. Sebenarnya dia dah repeat dialog tu banyak kali (hahahaha)

"Awak nak tahu tak cikgu kita pernah cakap Examination is the celebration of your knowledge." -- sambung dia lagi.


Couldn't agree more


Aku sendiri sebenarnya suka bila examination day. Dia jadi tak suka bila kita tak cukup prepare je huhu ok dah boleh pergi belajar sekarang.



بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ

________________________________________________________________________________

Teringat masa minggu pertama exam sem 3 tu tetibe dapat whatsapp daripada adik usrah, -- "akak jom usrah minggu ni. Usrah kan kena seminggu sekali hihi"


Tersenyum baca mesej dia. Kadang kita ni lebih banyak belajar daripada mutarabbi kita.


"InshaaAllah awak, jumpa Jumaat ni!"


Sedih pulak untuk sebulan ni dah tak bersama mereka. InshaaAllah kakak-kakak yang hebat akan menjaga awak lepas ni.



Wednesday, March 16, 2016

04. CAS - Cengkaman


Hari tu ada last briefing untuk CAS. Dalam hati dah "huhaa huhaaa akhirnya dapat jugak tamatkan CAS ni. Mesti cikgu nak ucap tahniah sebab dah habis CAS"



Nampak betapa patahnya sem3 (rujuk patung merah tu), sekarang dah masuk sem4 (patung hijau) dah boleh bangkit-- terasa ringan sikit dari beban kerja (yang sampai sekarang sebenarnya tak putus-putus pun) *kesat air mata*


Pehtu dah duduk dalam dewan berkerut jugaklah salin apa cikgu cakap. Berkerut. Rupa-rupanya kena buat reflective essay untuk setiap CAS activitiesssss. 1 reflective essay kena 8 perenggan -- huhaa huhaaaa lah sangat awal-awal tadi. Aku dah mula congak berapa CAS aku dah buat. Paling kurang dalam 6. Paling kurang dah tu selepas aku main gabung-gabung je aktiviti ni dengan aktiviti lain. Sekati je kan. Sebab tak sanggup nak buat banyak-banyak reflection.


Buat calculation sikit. 8 darab 6 = 48 perenggan T^T


MashaaAllah belum terlepas daripada cengkaman CAS rupanya aku ni. Bila nak dapat belajar dengan tenang ni *sfx the river flow, Yiruma*.


Essay yang Mr. J mintak dalam kelas pun punyalah rebel nak hantar. Padahal 5 perenggan je tu T^T Sensitif betul bila kena buat essay ni. Ramai pertikaikan sifat aku ni berserta dialog, "Jan, kau sedar tak nanti kau nak fly mana?" Hmmmmmmmm k. Kenapa bahasa melayu dah tak jadi lingua franca? Kalau parameswara hidup lagi sekarang mesti dia sedih tsk.


Emosi pulak entry ni.


Anyhow, walaupun tak ada sesiapa pun yang bertanya atau peduli tentang pengakhiran CBP di vietnam-- tetap nak share video di bawah. Walaupun nampak macam tak paksa pun untuk tengok, tapi sebenarnya tengah memaksa ni. Eh tengoklah. *emoji kerut* Oh ya, tukar setting kepada HD eh. Huhu demanding pulak aku ni.



Credit: Hanani yang baik hati lagi perfectionist tak tidur ntah berapa malam sebab buat video ni.


Alhamdulillah dah selesai CAS, tapi masih lagi dalam cengkaman selagi tak submit documents, photos dengan reflective essayssssss ni. *kesat air mata lagi*


Lahaulawalaquwataillahbillah.



Monday, March 14, 2016

Cinta


"Kalaulah boleh jadikan satu benda sebagai kekasih saya, pokok ni lah kekasih saya!"

“Oh kalau Yan, kekasih tak hidup Yan pizza!”

^^"


Dalam masa seminggu pokok ni tumbuh daun baru


Seminggu yang lepas,
keluar kelas untuk rehat, 1/4 daripada pokok tu daunnya kering. Hari yang sama keluar dari kelas untuk lunch, 1/2 bahagian pokok tu daunnya dah bertukar warna keperangan. Cepat kadar layunya. Tak tahu kenapa tapi rasa menarik sangat pokok tu.


Pokok tu. Setiap kali berjalan di koridor pasti akan pandang pokok tu. Setiap kali pandang, mesti akan senyum. Kadang rasa tak puas. Sekali toleh, dua tiga langkah toleh lagi. Allah.


Ada 5 batang pokok sebaris. Dari tanah yang sama.

Tapi Allah pilih yang satu itu sahaja.

Pasti ada sebab atas setiap pemilihan Allah.



Untuk hari yang seterusnya semua daun bertukar perang, daun mula gugur. Tak dapat pulak tangkap gambar yang itu. Pasti, pasti ramai yang akan kagum. Setiap kali angin kuat datang, berpuluh-puluh daun gugur. Senyum. Tak tahu kenapa rasa seronok dan tenang sangat masa tu. Allah tahu benar cara terbaik untuk membuat hati hambaNya berbunga-bunga.


Sedangkan sehelai daun yang gugur pun Allah tahu. 

Apatah lagi isi hati kita ni.


Sudut pandang dari koridor kelas 080316

Sudut pandang dari koridor kelas 110316
(quality gambar lain sebab yang ni guna phone camera huu)


Untuk hari yang terkemudian, pokok tu tak dibiarkan lama menjadi ranting. Allah terus tumbuhkan daun baru. Hijau muda. Warna yang lebih terang berbanding daun pada pokok-pokok berhampiran. Cantik. Cantik benar. Entahlah, tak pernah ada perasaan macam ni. Setiap kali pandang, mesti rasa cinta. Hebat betul Allah ni, melalui pokok pun dia boleh salurkan rasa cinta tu.


Pokok ni pasti jadi antara benda yang akan saya rindu bila keluar KMB nanti. Pernah satu tahap, saya rasa nak peluk je pokok tu. Ok. K. Tunggu bila tiada orang yang melihat.



Hanya dari kisah sebatang pokok, banyak hal sebenarnya yang kita boleh tadabbur. Bukankah dalam al-Quran juga Allah banyak menggunakan pokok dan tumbuhan sebagai perumpamaan.