Saturday, October 08, 2016

"Tak bersyukur lagi tak taulah"




Walaupun awal-awal tak expect untuk dapat stay dekat Nottingham (sebab first choice Leeds hahaha) tapi Alhamdulillah bersyukur sangat dapat sini sebab rasa aman damai, makanan halal banyak (kat uk mana-mana pun banyak huhu), pergi faculty Eng 6mins je kalau jalan laju-laju, ada coursemate 3 orang cukuplah untuk buat diri ni tak cuak. Coursemate ni pun rasa bersyukur sangat sebab Allah macam hantar bantuan spesifik betul T^T dalam engineering faculty tu kitorang berempat je melayu, kebetulan pulak tu empat-empat ni ambik eeE, kebetulan lagi kitorang semua under scholar yang sama T^T sobs *lap air mata* bolehlah settle borang JPA sama-sama.


Lagi best bila eee punya building yang paling depan sekali dengan entrance :')
Kebanyakan kelas dekat bangunan yang paling tinggi tu hah (rujuk gambar)


Rumah yang kitorang tinggal sekarang ni pun Alhamdulillah selesa. Walaupun pernah je ada crime case berlaku kat kawasan ni huhu sunyi sangat. Bersyukur jugak sebab dapat housemate yang tak boleh kalau tak jumpa nasi hahahaha tak pernah lagi kelaparan tahap ekstrem ke apa. Selagi boleh masak tu, kitorang masak je. Jimat duit bila semua jenis malas makan luar. Masakan pun setakat ni tak pernah lagi mengecewakan. Alah kalau dah lapar tu, aku masak tak sedap pun boleh semua menambah-nambah. Selagi ada nasi dan kicap semua jadi sedap.




Kenalah menunjuk sikit sebab melayu kan suka menunjuk. Dilema jugak bila housemate tak boleh makan pedas sangat huu kesian bila kita termasak pedas-pedas. Serba salah nak jawab bila diorang tanya berapa banyak cili api aku letak uhuhuhu




"Housemate kau Yati and Adleen kot. Kalau tak bersyukur lagi tak tau lah nak cakap apa." - Petikan dari surat Nani hahahaha kalau baca surat nani yang 3 muka surat ni memang boleh buat aku sengih sorang-sorang hahaha (k taknak cakap pasal nani nanti menangis pulak kat sini hmm) 


Alhamdulillah bersyukur dapat housemate yang Allah hadiahkan sekarang. Mungkin antara orang yang tahu dan faham disebalik "kenapa Nottingham?" dan "kenapa EEE?". Housemates dedua ambik Economics so macam kelakar lah kadang-kadang tu sebab biasalah social sc people ni sweet diorang depan-depan, kita kadang-kadang segan tau bila tiba-tiba,

"Jan, jazakillahkhair."

"eh, kenapa?" - terkebil-kebil aku

"for everything"

"ohhhhhh, thankyou for everything too" - balas aku sambil gelak-gelak dan ajuk ayat dia supaya nampak macam main-main tapi aku memang maksudkan cuma segan hahahahaha Kalau aku buat kat Nani ni mungkin Nani dah lari seribu batu hahahahaha




Oh ya, sebenarnya ada sorang lagi housemate, Viatnamese. Tapi dia stay sampai December je dengan kitorang. Masa 22nd Sept tu birthday Kate (the Viatnamese) so kitorang bagi Birthday card gitu lah. Masa nak bagi kad tu pun,

"Jan, cepat tulis Kate nak keluar rumah dah tu!" - Yati

"Eh, kenapa? Nak bagi sekarang ke?" - aku

"Aah, nak bagi before dia keluar." - Yati

"Nak bagi depan-depan dia ke?" - aku

"Aah"

Gulp! hahahaha aku ok je cuma segan. Selama ni kalau bagi hadiah kat kawan selalu bagi diam-diam sebab segan nak bagi depan-depan. Roommate KMB dulu macam dah faham sangat dengan perangai kita ni, hadiah yang dia dapat dari aku mesti waktu tu jasad aku tak ada dekat depan dia (huhu kesian Aisya)

Housemates saya memang extrovert orangnya, dari KMB lagi diorang memang sweet hahaha yang sorang tu dia kata suka bagi hadiah depan-depan sebab dia suka tengok expression orang yang dapat hadiah (dan kita pulak kalau boleh nak sorok seribu batu mihmih) Seronoklah dapat serumah dengan orang-orang extrovert ni sebab dapat belajar cara pandang diorang. Kita ni ambivert je huhu kalau dekat kawasan crowded contohnya uni fair last week rasa macam nak lari balik rumah cepat je tapi tak boleh sebab housemate tengah enjoy the moment huhuhu

Oh ya, dan pasal card tu akhirnya kitorang dirikan dekat depan pintu bilik Kate masa dia tak ada dekat rumah (lol comel je housemate ikut style kita)



Bersyukur jugak dapat Nottingham sebab kakak usrah tak duduk jauh :') Rumah kawasan belakang-belakang je. Usrahmates pun rumah dalam satu kawasan.


Quote balik ayat nani, "kalau tak bersyukur lagi tak tau lah."


Baru-baru ni Nani tuntut kopok lekor hm ingatkan dia dah lupa aku janji nak belanjar kopok lekor kalau dapat EEE dekat Notts :') cis dia boleh screenshot perjanjian tu