Friday, February 03, 2017

La taghdab


"Bila last awak marah?"



Soalan yang diterima masa duduk berdua dengan housemate tadi. Berdua sebab sorang lagi balik lambat hari ni. Aktiviti baru sempena tahun baru selepas isya's berjemaah. Paling-paling pun luangkan 10minit masa untuk duduk dan muhasabah seharian. Tazkirah pendek. Hati manusia ni kalau dibiarkan kering, lama-lama makan diri. Tak perasan keringnya, tahu-tahu terasa kosong. Bahaya.

"Mmmm saya tak tahu macam mana nak define marah tu"

Bila duduk dan berfikir, topiknya pula menyentuh perihal marah dan sabar (gabungan topik yang menarik) banyak perkara-perkara lepas yang playback dalam kepala.


Perlu ke perasaan marah tu?

Wujud ke manusia yang tak ada rasa marah?


Kadang kita ingat orang yang diam sejenis penyabar ni tak pernah marah. Personally, terfikir je mesti pernah timbul perasaan marah dalam diri diorang. Tapi diam-diam mereka hilangkan rasa marah tu dengan cara yang terbaik.

Yang akan membezakan kita adalah bagaimana kita counter rasa marah tu. Yang membezakan kita adalah kesabaran dalam diri masing-masing. Sebab tu kena banyak berdoa supaya Allah beri kesabaran dalam bersabar. Dalam surah Al-Imran pun Allah ada berfirman tentang sabar atas sabar; 


"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu" (3:200) 


Rasulullah sendiri pernah rasa marah dengan orang yang membunuh Hamzah, marah terhadap Wahsyi sampaikan tak mampu menatap wajah Wahsyi hingga saat kewafatan baginda. Tapi Rasulullah tetap memaafkan Wahsyi dan tak membalas pun pembunuhan yang dilakukan Wahsyi (sebelum keislamannya).


"Pentingkan sabar ni sebenarnya" - housemate


Indeed, tak hairanlah Allah banyak nyatakan ayat berkaitan kesabaran dalam al-Quran. Banyak ayat-ayat best dan ganjaran yang Allah janjikan buat orang yang bersabar. Antaranya ayat 5 dari surah az-Zumar yang dikongsikan housemate tadi;


"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (39:5)


Bestkan bila kita ingat kesabaran ni ada batas. Tapi sebenarnya Allah ajarkan kita dalam bersabar tu kena bersabar lagi. Sabar ni tiada batas sebenarnya mungkin sebab tu ganjarannya juga tanpa batas :')


"Saya rasa kalau tak dikurniaan perasaan marah, saya akan jadi ignorant" - aku

Sebab pernah berjumpa dengan sejenis manusia yang tak kisah pun dengan apa yang berlaku dekat sekeliling dia. Biarlah apa pun yang terjadi asalkan hidup aku tak diganggu. Kawan langgar peraturan sekolah pun dia tak kisah. Orang buang sampah merata pun dia tak kisah. Terserempak dengan golongan yang hembus-hembus asap rokok pada muka bayi pun dia tak kisah. Maka akan terbinalah generasi yang nafsi-nafsi. Biarlah apa berlaku pada ummat, selagi aku masih selesa di sini.

Itu bukanlah definition manusia yang penyabar tapi ignorant sebenarnya hmm ehem

Sabar itu hanya akan terlihat bila diri diuji dengan kelemahan diri.

Dan hanya Allah je tahu hal apa yang dapat menguji kesabaran kita.

Marah ni satu perasaan yang timbul bila orang buat benda yang kita tak suka. Saja nak redefine perkataan 'marah' -- jangan pulak pergi google atau cari dalam kamus ke apaKadang perasaan marah tu boleh menjentik sensitiviti kita untuk bergerak. Again, in a rational way. Sebab tu perlunya sabar untuk menentukan output tindakan kita.

'Marah' diciptakan bukan untuk menjadikan manusia tu pemarah, tapi untuk melatih dan menonjolkan sifat 'sabar' itu (: Manusia tak akan kenal 'kesabaran' kalau tidak diuji dengan 'kemarahan'.

Perasaan marah yang timbul bila orang buat perkara yang kita tak suka itu fitrah. Tapi kemudian, teruslah mencari jalan untuk hilangkannya. Sebab tu juga bila timbul rasa marah, terus bisikkan pada diri "la taghdab" (jangan marah). Jika berdiri, kita duduk. Jika sedang duduk, kita baring. Air whudu' juga boleh menyejukkan hati yang panas. Ok, boleh terus google tips menghadapi perasaan marah lepas ni.

Tapi ingatlah, kesabaran itu hanya dapat diukur bila diri ni diuji.

p/s: Orang yang suka melenting sana-sini tu dia bukan marah, tapi baran. Orang baran ni kita kena hati-hati sikit huhu takoddd


Terdetik untuk menulis bila sepanjang hari ni terasa diuji benar kesabaran tu


"Saya sedihlah tiap kali timbul rasa marah, 5 minit kemudian saya akan menyesal." - aku :(



No comments: