Sunday, April 09, 2017

Bagaimana masa itu mengubah


Tiap kali mahu diputuskan untuk buang entri-entri lama, tiap kali itu juga akan timbul rasa untuk mengekalkannya -- "Biarlah aku dapat menilai bagaimana usia itu mematangkan dan bagaimana tarbiyyah itu mengubah fikiran. Biar aku tidak perlu bercerita dan menyangkal kisah-kisah tidak enak tentang usrah. Tapi moga yang membaca blog ini dari dulu dapat melihat bagaimana dakwah dan tarbiyyah melalui usrah itu telah melembutkan hati manusia yang degil macam aku."

"Bagaimana pada jalan ini tiada siapa menyuruh aku menyempurnakan pakaian, melabuhkan tudung, membina rasa malu, menutup lengan dan sebagainya. Tapi semua hal itu datang dengan sendirinya. Bagaimana biah itu antara faktor penting yang menjadikan aku seperti sekarang."

"Bagaimana pada jalan ini aku bertemu manusia yang selfless. Mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri. Menggunakan masa sendiri untuk memikirkan tentang manusia lain. Yang mengajar aku, baik itu bukan perlu kita seorang tapi berorang-orang. Bagaimana membawa aku sedar bahawa manusia begini masih ada."

"Mungkin aku sendiri perlu lebih telus akan apa yang dah terjadi selama ini dan apa yang aku lakukan selepas ini. Lantas biarlah entri lama itu menjadi bukti bagaimana cara fikir aku dahulu-- betapa ntah apa-apanya seorang aku. "


Nota kaki: blog ni dicipta dari awal 2009, sedikit-sedikit entri lama telah diturunkan. Tak mustahil, kesemua entri lama juga akan dibersihkan dari blog ni.



Belanja gambar spring satu ;) 


Nottingham, United Kingdom--


No comments: