Wednesday, November 29, 2017

D.O.P.E Test

Selalu rasa dialog, "Kau tak faham apa aku rasa" ni kelakar. -- Walau aku antara orang yang paling suka sebut dialog ni. Yaaa, aku memang suka buat kelakar dengan diri sendiri kahkah Ok serius balik,

Sebab tak payah pergi jauh, kita sendiri faham ke apa yang diri kita rasa?

"Ntahlah weah, aku sedih tapi gembira jugak walau kadang-kadang geram bila fikir balik."

Sedih, gembira, geram -- semua tu adalah perkataan yang kita, manusia cipta.

The combination of these (kecelaruan) feelings, hanya Allah yang tahu apa kita rasa :)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (50:16)

Lemah sangat hamba ni, sebab diri sendiri pun tak mampu fahami perasaan sendiri. Sebab tu kita perlu sedar, kita bukanlah kepunyaan diri kita sepenuhnya.

Dan kerana itulah, banyak personality tests dekat luar sana. Tak lain tak bukan, untuk kenali diri kita ini bagaimana.

Salah satu yang femes adalah D.O.P.E test.


D - Dove
O - Owl
P - Peacock
E - Eagle

Personality test yang menggunakan contoh burung-burung ni supaya lebih relatable dan mudah untuk nampak. Walaupun pernah buat dalam usrah tahun lepas, tapi baru-baru ni dalam satu program aku disuruh buat sekali lagi.

Penerangan-penerangan dan contoh kisah bagi setiap personaliti yang disampaikan oleh penceramah semuanya rasa terkait dengan diri hingga aku rasa semuanya adalah aku dan konfius aku ini yang mana satu huhu (masa ni tak buat test lagi)

Indeed, kita akan ada semua personaliti tu. Tapi tendency kita lebih ke mana;

"Mana keputusan yang lebih 40% maka itulah personaliti antum yang paling kuat."

Dan aku pun buatlah dalam perjalanan pulang, supaya ada lebih masa ketenangan untuk berfikir. Surprisingly (not so surprise to me); Tak ada 1 pun yang lebih 40%

30% - 30% - 20% - 20%

Terus aku gelakkan pada diri sendiri.

Personaliti test pun meletakkan aku pada keadaan di tengah-tengah.

Kalau buat Introvert Vs. Extrovert test pun mesti dapat Ambivert. Ya yang ditengah-tengah.

(Scary pulak sebab teringat kisah golongan pertengahan yang diceritakan dalam surah al-araf -- walaupun tak ada kaitan dengan kisah personality test ni)

Boleh pula penceramah kata siapa rasa dia ambivert pada umur 20-an ni maksudnya dia sejenis lalang, Ambivert ni selalunya pada keadaan remaja yang sedang dalam proses mengenal dunia je katanya hm. Dalam hati aku, "Aduh, penceramah ni extrovert bolehlah cakap macam tu", kahkah nampak tak puas hati sebab rasa penceramah biased.

Maka ini lah keputusan D.O.P.E test aku;

2 yang tertinggi adalah Eagle dan Dove
2 yang terkemudian adalah Owl dan Peacock

Maka tidak hairanlah jika ada yang merasakan aku ini extrovert, dan ada pula mereka yang melihat aku sebagai introvert. Mungkin sebab aku bukanlah extremely extrovert dan extremely introvert. Secara luar sedarnya aku menjadi extrovert among introverts dan introvert among extroverts. Terima je lah term ambivert tu. Adoi.

Tidak hairan juga ada ketika aku hanya bersetuju dengan keputusan sesuatu pihak (Dove), dan ada kala aku berkeras dengan idea aku (Eagle).

Bahagian yang aku rasa menarik adalah attraction between the personalities. Eagle akan tertarik pada Dove. Owl pula tertarik pada Peacock. Begitu jugalah sebaliknya.

Bila melihat pada persoality test aku, 
"Hm no wonder aku tertarik pada diri sendiri."

hahahaha ok lah boleh self-marry after this

Eh, tak perlulah serius sangat

***
Update from 16 personalities test:


A pure ambivert, am I?

No comments: