Wednesday, March 21, 2018

Lesson learnt

1st March 2018 - 10.30pm,

"Awak... saya terlajak sampai ke Birm" -- aku tahan suara supaya tak emo sangat

Saat kritikal macam ni tak tau nak gelak atau nak kesian dekat diri sendiri. Asalnya aku biasa-biasa je. Tapi bila this one ukht called me dan ditanya aku dekat mana? ok ke? dah makan belum?

Dalam kepala aku terbayang-bayang submission yang deadline kurang dari 12 jam. Terbayang juga janji aku dengan housemate untuk sama-sama siapkan makanan jualan untuk event esok hari. Dalam kepala dah ada mindset yang sepatutnya pukul 8pm dah sampai Notts T_T

Untuk menjawab semua soalan tu, aku cuba gelak tapi sampai mana je lah kan mampu gelak dalam keadaan celaru begitu. Walau dalam cubaan untuk menahan, tapi dari suara aku pasti dia tahu air mata dah menitis-nitis waktu tu hahaha sebab tak lama kemudian dapat panggilan dari yang lain. Mesti dia bagitau dekat usrahmate lain juga huuu

Sendu keh mungkin sebab dah ada mindset nak sampai Notts pukul berapa dan nak settlekan kerja sekian-sekian. Pastu aku ni kalau lapar memang lagi cepat sensitif hahahaha laparlah last makan waktu lunch kottt


Disebabkan minggu tu UK dilanda Emma storm, dan salji turun dengan meriah sekali jadi banyak train yang delayed atau terpaksa dibatalkan perjalanannya.

Train dari Sheffield ke Notts yang sepatutnya 50minit je, menjadi perjalanan yang berjam-jam lamanya. Hanya kerana train delay aku tak dapat nak keep track untuk transit di station sepatutnya (SAJA NAK SALAHKAN TRAIN PADAHAL DIRI SENDIRI YANG CUAI). Tu yang tak pepasal sampai ke Birm -_- mujur ada tiket 11.15pm dari Birm balik ke Notts.

Sampai di Notts pula dah larut malam tarakuchacha dan mujur aku dapat kejar operasi tram terakhir malam tu. Cuak jugak naik uber sorang-sorang waktu macam ni. Cukup ngeri dah bila ada pakcik mabuk ikut sampai depan uni sebagai pengalaman yang mengajar malam tu T^T Sepanjang dalam tram aku on the phone dengan usrahmate sebab cuak satu hal, dan juga malas nak layan conversation pakcik mabuk tu haha

Bila diingat kembali, jarang-jarang perjalanan Notts-Sheffield dan sebaliknya ini tidak dihiasi dengan perkara-perkara epik. Lari-lari kejar train tu scene paling biasa.

Lagi-lagi bila travel sorang. Tahap epik dia tu pernah sampai 1 usrah jadi detektif mencari aku di mana.

M.I.A tiba-tiba.

Contohnya, ada satu lagi peristiwa yang aku pernah tulis tapi hanya save as draft selama ini;

Dan ceritanya begini --

25th Oct 2017 - 11.30pm




 "Jangan sampai lepas ni akak mutabaahkan tak boleh travel sorang-sorang dah."

Gulp -- Terus rasa bersalah sebab memang aku lah orang yang paling bersalah dalam hal ni. Siapa sangka 50 minit perjalanan pulang dari Sheffield ke Nottingham jadi berjam-jam lamanya.

"Awak, lain kali jangan macam ni. Make sure battery phone cukup sampailah ke Nottingham. Kitorang dekat sini risau dah kalau jadi apa-apa."

Sejujurnya, aku pun risau dekat diri sendiri. Train yang sepatutnya bertolak jam 8.43pm ditunda pula hingga 9.30pm. Laluan train dari Sheffield direct ke Nottingham ditutup (Sebab ada orang terjun bunuh diri huu). Phone pula dah mati tanpa sempat diberitakan pada siapa aku mungkin sampai lewat nanti.

"Ahh habislah mesti ada yang risau ni." - risau memikirkan kalau ada yang risau

Nak patah balik ke rumah akhawat sheffield pun tak mampu sebab tak tahu jalan dan malam pun sudah pekat. Nak request UBER tapi phone... ya dah mati.

Jadi aku layankan sahaja perjalanan malam tu yang membawa dan memindahkan aku dari satu gerabak ke gerabak yang lain asalkan yang aku tahu aku selamat sampai di Nottingham.

Transit di Derby sahaja sudah satu jam. Berada di Derby jam 11 malam keseorangan dengan phone yang kehabisan battery bukan satu perkara yang paling seronok untuk dibuat di dunia ini. Dengan keadaan yang tak ramai orang, dan kalau terjadi apa-apa diri sendiri tak boleh brain apa cara terpantas untuk reach pertolongan akhawat berhampiran.

Sebab aku percaya Allah tak pernah tidur, membuatkan aku untuk terus tenang dan layankan lagi perjalanan malam ni.




Pada awalnya, aku tak ambil endah sebab paling lambat pun mungkin jam 10 malam dah sampai Notts. Tapi bila beranjak ke angka 11pm ni risau juga kalau terjadi apa-apa. Bukan setakat keseorangan, tapi battery phone pun mati in case kalau emergency sangat.

Tapi sebab kepenatan, aku terpaksa layankan sahaja peristiwa ini. Dengan harapan tolonglah sampai Nottingham station sebelum 12am. Kalau TRAM sudah hentikan operasinya, matilah aku nak balik ke rumah dengan apa.

Nak request UBER tapi phone...

"Alah tidur je lah dekat Nottingham station ni" - pilihan yang paling aku ada kalau TRAM dah tak ada

Dengan angin malam yang kuat, akhirnya sampai juga Nottingham tepat 11.47pm. Kuat benar angin, kuat bukan main-main. Sampai tertolak ke belakang masa berjalan. Sayu pula jalan sorang-sorang tak sempat nak berpaut dekat sesiapa bila dilibas-libas dengan angin. Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya aku tak perlu tidur train station malam tu huhu

Buka je pintu rumah -- aku dah jangka housemate tak tidur lagi.

"Habislah aku." - dalam hati

Punyalah berharap diorang tidur awal dan tak perasan yang aku tak sampai rumah lagi. Sebab aku taknak diorang risau huu tapi yelah macam mana nak tidur dengan tenang kalau aku yang MIA ni tak muncul lagi depan mata. Asifah jiddan!

Dan ini adalah sebahagian daripada kerisauan sepanjang aku kehabisan battery;




Setelah beberapa minit sampai rumah;




 Memang perlu diakui kerisauan ni timbul semuanya atas kecuaian aku sendiri.
Janji tak buat lagi T^T

Dan sebelum tidur malam tu aku buka amazon -- terus beli powerbank


Friday, March 16, 2018

KMB

It's almost 3 o'clock in the morning and I shouldn't open my blog now at a very first place (read: got a submission in less than 12 hours). I know I shouldn't *sigh* bcs once I stop by this blog, for sure I'll go through some of my old posts and re-read them.

Especially on the KMB related entries, the feeling that I couldn't deny -- KMB would forever be that one place that I'll be missing the most.

Yeahp basically my life in KMB. Siapa tah kata budak IB takde life lulz.

Surprise not. yes, that one place. The place where my IB preparation was taken, things that most of the students would never think and dream to face it again, never once lol.

Tak kata nak ambik IB balik. Hm tak rindu pun IB.

It's just the place and 'biah' yang buatkan kita rasa untuk terus mahu berada di sana.

Paling susah nak move on adalah memori di KMB lah kot.

haha (gelak dengan rasa sedih -- ntah macam mana tu)

Missing the people there, the teachers, acik-acik cleaner blok F, akhawat, my engineering ladies, KMB food court, beger, blok F residents, surau blok F, KULSEM, surau KMB, the trees, cats, langit KMB, ok basically everything that is related to KMB.

Pandang kemana-mana pun pasti terasa cinta. Pandang pokok pun boleh suka pokok. Serius ni serius.



Moga Allah sentiasa menjaga biah solehah di KMB. Supaya mereka yang ke sana, dan akan ke sana dapat merasai cinta seperti mana yang kita pernah rasa.

ps: I lost my KMB folder 2 months ago. Yes, I lost all of the photos and videos -- and that's almost 84GB :') Sedih, tapi yang terbaik adalah untuk redha dan muhasabah je lah en huhu Allah mahu mengajar mungkin 'how to love without being attached.'