Friday, April 06, 2018

Keindahan Iman


"Kenapa korang setuju untuk join usrah eh?"

Nottingham Train Station, 280318

Kalau selama ni asyik aku je dapat soalan di atas dari kakak-kakak, kali ni aku tanya pada adik-adik ni pulak haha

Bukan tidak mahu mereka datang, malah kehadiran mereka pada setiap kali liqa’ adalah yang paling aku nantikan. Kalaulah mereka tahu pada setiap kali mereka berkata ya-- itulah kegembiraan terbesar buat aku.

Malah buat mana-mana murabbi pun, pasti menggangguk bersetuju. Dan pada setiap kali penolakan, berkecainya hati itu hanya Allah yang tahu.

“Bukan apa, kita amazed sangat dengan korang.” -- jujur aku katakan pada mereka.

Aku sentiasa kagum dengan jiwa-jiwa yang pertama kali disentuh tarbiah di UK. Di saat kau punya duit dan masa yang banyak, tenaga muda yang kuat. Lagi pula keseronokan dan tarikan dunia datang menggoda dari pelbagai arah tapi...

“Kenapa pilih untuk datang usrah? Usrah pagi-pagi macam ni pulak hm.”

Hening pagi buatkan kicauan burung lebih mudah didengari. Mungkin mahu turut sertai perbincangan pagi kami.

Yang sedang berada di London pun masih mahu turut serta agar tidak terlepas liqa' minggu ini. Sanggup hadiri walau atas talian. Dan yang lain-lain pula mampu beralah untuk berusrah awal pagi asalkan liqa' kali ini tiada siapa yang tertinggal. (Sebab pagi je yang feasible untuk orang dekat London tu :p)

Mungkin awalnya setuju untuk usrah sebab kesian kot eh dengan akak ni :p tapi walau macam mana pun aku ajak dan Allah tidak menakdirkan keberadaan mereka ada di sini, mungkin tidak akan menjadi juga.


 Nottingham Train Station, 7.30am


Pernah reflect, kalaulah sentuhan pertama tarbiah aku di UK adakah aku akan menyambutnya? :(

Selalu rasa yang mungkin aku tak mampu dan penerimaan aku pada tarbiah pasti memakan masa yang lebih lama. Sebab tu Allah menghadirkan tarbiah pada saat aku paling lemah dan sangatlah memerlukan pertolongan dari Dia (Baca: buat IB).

Pada saat aku rasa sememangnya aku ini fakir dan tiada apa. 

Tapi mereka...

"Sebab tu kita rasa orang-orang yang diuji dengan kesenangan dan punya banyak harta ni mesti orang yang kuat dan hebat. Hingga Allah pilih dia untuk diuji sebegitu. 
Kita sendiri rasa sukar untuk menundukkan hati dan mengorbankan apa yang ada bila hidup senang dan selesa."

Teringat murabbi di KMB dulu pernah berkongsi satu perkara. Yang membuatkan aku memandang hal ini dari satu sudut perspektif yang berbeza.

Mungkin kebanyakan dari kita merasakan, 
Jika si fulan itu berharta tetapi bakhil pula dalam mengeluarkan sedikit harta, bersedekah atau infak -- kita akan menyangka pada saat si fulan sudah tiada apa pasti lebih sukar untuk dia memberi. 
Logiknya kelihatan begitu. Tapi sebaliknya, 
Andai kata kita di fasa yang paling bawah, tidak kaya pada timbangan dunia tetapi tidak pula suka berinfak dan bersedekah -- maka takutlah. Ini sebahagian daripada petanda andai kita kaya dan hidup senang nanti akan lebih sukar untuk kita lebih memberi.
Hadamkan situasi di atas ini antunna, 
Kalaulah pada saat kita di bawah dan merasa sukar pun kita tidak dapat membentuk hati, merasa lebih hamba, mendekatkan diri pada Tuhan dengan banyak melakukan amal dan ibadah. Apatah lagi bila kita berada dalam zon selesa?

Benda ni macam pening sikit nak hadam. Kitorang pun ambil masa 2-3 kali untuk kak Izzi ulang barulah faham :p

Berbalik kepada mereka yang masih memilih untuk hadir ke usrah walau hidup senang di UK ini, keinginan yang kuat dalam diri mereka akan sentiasa aku kagumi dan bersoal-soal di dalam hati -- "Apa yang membuatkan diorang pilih untuk datang usrah?"

Post ini ditulis pada saat ini kerana akhirnya Allah memberikan aku satu jawapan yang kemudian fahamlah aku akan terpilihnya mereka ini. Bila beberapa hari lepas tilawah aku berhenti pada satu ayat:
"... Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kefasikan, dan kederhakaan. Mereka itulah yang mengikuti jalan yang lurus." (al-Hujurat:7) 

Dan pagi itu, dikongsikan pada mereka tadabbur aku pada ayat ini. Semoga keindahan iman yang Allah kurniakan ini akan sentiasa ada dan menjadi pendorong untuk kita terus menyambut seruan baik dalam keadaan ringan atau berat.

Kalau sudah tidak merasainya, maka minta dan mohonlah pada Allah --


 

"... lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu..."


SA, 060418
In a train to Birmingham

No comments: