Friday, April 13, 2018

Redha mereka

*It's advisable to view/read via laptop for the background music

*play*

*****

7.21 am, St Pancras -- Currently waiting for my train to Nott'm


Just arrived London after 4 days and 3 nights Jaulah with Leeds sisters (;

And this marks the end of my 'jalan-jalan' for my spring break. (read: No more keluar dari Nottingham huu) dan dah boleh start untuk siapkan semua kerja-kerja yang menanti *lap air mata.

From back-to-back campings and programme to Barcelona and Paris trip -- in which every moment was just priceless. Being surrounded with akhawat, good vibe, and good people are one of those greatest blessings that Allah has always granted me with.

Alhamdulillah ala kulli ni'mah :)


120418, Paris


Ok, let's be more direct.

Instead of focussing on to the other programmes and stuff, I'm about to write one of the sharing sessions during the taaruf games for MUKHTAR (Mukhayyam Tarbawi).

Macam biasalah sesi pertama kitorang dibuka dengan game taaruf walaupun dah khatam je nama semorang di situ. Tapi perlulah taaruf kalau ditasmik si dia ini warna kegemaran apa pun masih gagap-gagap.

Paling-paling pun basic details dah ada dalam kepala. Nama, study dekat mana, dan course apa kalau tak lepas lagi bolehlah suruh dia belanja COSTA atau apa.

Kerana kali ini taarufnya perlu high level. Yelah taaruf ini juga ada tahapannya. Dari mengenali yang paling asas hinggalah ke personaliti, gaya fikir dan isi hati.

Jadi, ada satu game ini semua kena cabut sekeping kertas di dalam kotak. Dan di atasnya ada soalan khas yang perlu ditanya pada akhawat yang lain.

Kertas aku walau tidak berbunyi, tapi bila dibaca bunyinya begini -- "What's the 3 doa's that you would always wish for?"

Gitu.

Tapi bukan soalan yang aku dapat mahu dimuhasabahkan di sini. 

Ada satu soalan yang dikongsi pada sesi hujung game yang aku terdiam sendiri,

"This is not my Qs, but I was asked with this Qs." -- said this one ukht

Walau 'keadaan' bukanlah sesuatu yang boleh dikira, tapi aku kira-kira suasana agak hening waktu tu. Semua terdiam untuk berfikir sambil menanti apa yang akan keluar dari isi hati this ukht hingga memilih untuk ke hadapan dan berkongsi dengan semua sejenis soalan ini.

"Kalau awak yang pergi dulu instead of your parents, 
what's the last things that you wanna say to them?"

Semakin hening suasana.

Memandangkan ibu dan abah adalah soft spot di hati aku, tentu-tentunya aku adalah antara manusia yang matanya sudah bergenang. Padahal ukht tu baru mention soalan je :'/

"If not all, there must be some of us yang tak terfikir pasal ni. Yang beranggapan parents kita kot akan pergi dulu. Biasalah kita terlupa akan ada je possibility untuk kita yang pergi dulu."
(*Tak ingat the exact dialogue, but the point is there.)

Dan aku pasti,

masing-masing tentu sudah ada jawapan tersendiri dalam hati.


310318, Surrey

Dan aku --
Untuk ibu dan abah menghalalkan segala apa yang telah diberi dan dikorbankan adalah yang paling pertama aku mahukan.
Tapi yang lain bukanlah kedua mahupun seterusnya.
Aku mahu mereka meredhai aku sebagai seorang anak,
dan redha dengan apa yang aku perbuatkan.
Redha pada setiap langkah aku.
Redha juga dengan jalan yang aku pilihkan. 
Redha dalam mengizinkan aku menanam benih usaha,
dan aku tersangatlah mahu atas keredhaan mereka itu, 
merekalah tukang kebun yang memetik hasilnya di akhirat nanti.
Dan hasil itu moga-moga ia segar dan baik tentunya. 
Keredhaan mereka atas setiap pilihan aku adalah yang paling aku mahukan.
Kerana redha Allah terletak pada keredhaan mereka.
Dan redha Allah itu yang mahu aku sasarkan. 
Dan kalaulah takdir menulis untuk aku pergi dahulu, 
redhalah mereka dalam melepaskan aku.


#PejamkanMatamuDanTsabatlah!

No comments: